Saturday, June 7, 2008

TEORI PSIKOANALISIS

This theory is the most exciting theory that i ever learn..was founded by Freud..


Terdapat lima peringkat perkembangan personaliti mengikut teori psikoanalisis. Peringkat tersebut adalah seperti berikut:

1. Peringkat oral. Kepuasan yang mula dirasai oleh seorang bayi adalah keseronokan yang dikecapi di mulut. Peringkat ini bermula semenjak dilahirkan. Hampir semua objek dibawa ke mulut oleh seorang bayi. Mengikut fahaman
psikoanalisis, keadaan ini menyebabkan keadaan lekatan sebagai mekanisma bela diri semasa dewasa yang boleh membawa kepada trait yang passif, optimis dan ingin
mengetahui.

2. Peringkat anal. Pada tahun kedua, kanak-kanak mula berkembang dan berupaya mengasingkan fungsi pembuangan najis dari kehendak nalurinya yang semulajadi. Pada peringkat ini, kanak-kanak dilatih cara yang sesuai bagi melaksanakan kehendak pembuangan najisnya. Pelaksana psikoanalisis berpendapat bahawa latihan yang
dilalui akan mempengaruhi sasiahnya apabila meningkat dewasa.

3. Peringkat falik. Mengikut pendapat psikoanalisis, pada peringkat ini, kanak-kanak mula berseronok dengan organ jantinanya. Peringkat ini juga merupakan permulaan berkembangnya kompleks oedipus dan kompleks elektra. Kompleks oedipus berlaku pada kanak-kanak lelaki apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada
ibunya. Kartasis penarikan ini juga berlaku terhadap kanak-kanak perempuan kepada bapanya, sealiran dengan kompleks elektra. Rasa tidak puas terhadap sama ada ibu
oleh kanak-kanak perempuan dan terhadap bapa oleh kanak-kanak lelaki menyebabkan kanak-kanak mengikut serta mendapatkan perhatian kepada ibu atau bapanya. Peringkat
paling kritikal ini akan menentukan kepesatan seksual yang berkembang dalam diri seorang individu.

4. Peringkat pendaman. Pada umur lima hingga dua belas tahun, kehendak seksual terpendam. Maka bermulalah gejala penyekatan seksual dalam diri individu. Walau bagaimanapun, peringkat ini juga penuh dengan suasana menguatkan sifat serta ciri kelakian atau pun kewanitaan. Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan berkawan sesama rakan sama ada dari jantina lelaki atau pun wanita.

5. Peringkat genital. Sebaik sahaja kanak-kanak menghampiri akhir baligh, kehendak seksual diganti dengan struktur ego yang mengambil alih semula perkembangan
diri. Pada masa ini, objek yang jitu dari segi perkembangan diri menjadi lumrah dengan kematangan yang berfungsi. Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan
secara pengalaman yang baru serta bermakna bagi diri individu. Individu mula dengan peranan sosialisasi, perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan
interaksi seksual dan persedian perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional. Zaman kanak-kanak ditinggalkan dan bermula dengan peringkat kedewasaan.

so kawan-kawan...peringkat oral, anal dan falik adalah peringkat yang kritikal dalam perkembangan kanak-kanak...tersalah didik akan dibawa sehingga tua..so..berhati-hatilah dalam mendidik anak-anak termasuklah diri saya sendiri..
waullahualam..

No comments:

your future is in your hand

your future is in your hand