Showing posts with label isu isu guru vs murid vs ibu bapa. Show all posts
Showing posts with label isu isu guru vs murid vs ibu bapa. Show all posts

Monday, July 28, 2008

CABARAN PENDIDIK ERA MILENIUM

USAHA memperkasakan sektor pendidikan ke peringkat global perlu dilaksanakan menerusi mekanisme sesuai bagi menjamin tahap kualiti sasaran mampu dicapai.

Antaranya, meningkatkan mutu pendidikan, taraf kelayakan, prasarana asas, kualiti pendidik serta modul diguna pakai agar setara dengan piawaian ditetapkan.


Namun, usaha ini lambat kerana terlalu banyak rungutan, polemik dan sikap guru yang tidak dedikasi atau bekerja semata-mata mahu mengelak menjadi penganggur terhormat.

Natijahnya, kredibiliti sektor pendidikan dipertikai dan dicemari unsur tidak telus menyebabkan segelintir masyarakat hilang kepercayaan.

Lebih memburukkan keadaan, pelajar juga semakin hilang hormat kepada guru manakala guru pula tidak mampu mengambil sebarang tindakan kerana terikat pelbagai peraturan.

Senario ini memberi impak buruk kepada pendidik dan institusi pendidikan serta menggugat usaha memartabatkan profesionalisme ini ke peringkat tertinggi.

Mmalah persepsi negatif itu boleh membantutkan usaha meninggikan taraf pendidikan yang dirancang.Institusi pendidikan dan guru perlu menerima pengiktirafan tertinggi selain tidak boleh dicemari isu yang boleh menggugat kredibiliti ke peringkat global.

Sejak dulu lagi, masyarakat memandang tinggi guru dan institusi pendidikan kerana yakin mampu menjana pem bangunan bangsa pada masa depan. Malangnya, isu, polemik dan insiden yang tercetus sejak kebelakangan ini bagai merentap kepercayaan itu hingga ada pihak hilang keyakinan.


Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu mengenai pendidikan dipaparkan media sehingga menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan masyarakat. Dulu, institusi pendidikan dan guru boleh berjalan seiring tanpa kerenah birokrasi atau tentangan masyarakat.

Bagaimanapun perubahan zaman, tahap pendidikan, pendedahan serta mudahnya mendapat maklumat mengubah mentaliti masyarakat.Ibu bapa dulu sangat menyanjungi guru, manakala pelajar pula dididik supaya menganggap mereka insan perlu dihormati. Situasi ini meningkatkan lagi nilai kualiti guru. Malangnya kini, keadaan berubah, malah ibu bapa lebih banyak mendengar kata anak selain kerap menyalahkan guru.

Ada ibu bapa hanya mengharapkan guru mendidik anak mereka dan bersikap lepas tangan manakala guru pula kerana takut dimarahi atau dikenakan tindakan bersikap berdiam diri. Jadi, di manakah penyelesaiannya?

Untuk melahirkan institusi pendidikan terbaik dan pelajar cemerlang, suasana harmoni perlu diwujudkan. Apabila pihak tidak puas hati boleh me luahkan perasaannya, masalah boleh diatai. Gguru perlu tahu hak, gunakan saluran betul untuk mempertahankan diri, kebenaran atau teraniaya. Manakala masyarakat atau ibu bapa jangan bersikap cepat menghukum. Berjumpa atau bincanglah dengan baik. Perbalahan boleh menyebabkan institusi persekolahan dan pendidikan serta masyarakat runtuh, ini merugikan negara dan bangsa. Bagi menanganinya, kekangan atau masalah sedia ada perlu dibincangkan secara telus tanpa membabitkan emosi atau ‘kekuasaan’.

Ibu bapa perlu berfikiran terbuka jika anak mereka di hukum, selidik dulu sebelum mengambil apa jua tindakan. Guru pula perlu tunjukkan kredibiliti sebagai golongan diamanahkan mencurah ilmu.Jika semua pihak bersatu dan bekerjasama institusi pendidikan akan diangkat semula ke mercu.

Monday, July 21, 2008

SAMSENG DUA BERANAK..............

Lagi kisah sedih membabitkan guru dan pelajar....penulis memetik berita yang disiarkan di akhbar-akhbar utama...Untuk sekitan kalinya penulis tersentak dengan laporan tersebut. Adakah sudah hilang hormat pelajar terhadap guru? Bukan hanya pelajar terbabit yang sah-sah melanggar peraturan sekolah..malah bapanya juga turut sama bersikap samseng apabila mengasari guru disiplin lelaki sekolah berkenaan. Apakah salah guru disiplin yang tugasnya mengawasi dan mengawal disiplin pelajar disekolah menahan pelajar berkenaan dan apakah tindakan seorang guru disiplin jika seorang pelajar melanggar disiplin sekolah. Hanya melihat, tersenyum, ketawa atau menggeleng kepala melihat pelanggaran disiplin pelajar di sekolah???

Si bapa yang turut tidak berdisiplin itu malah menyebelahi tindakan anaknya dan malah mengasari guru. Apakah yang difikirkan si bapa sehingga sanggup mengasari guru disiplin yang cuba meleraikan pertikaian tersebut? Tunjuk hero atau tunjuk samseng?

Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: “Pergi mampus! Matilah kau!” Itulah ayat biadab diulang berkali-kali seorang pelajar sebuah sekolah menengah yang mengamuk berikutan tindakan seorang guru wanita menahan adik lelakinya di bilik disiplin kerana melanggar peraturan sekolah.

Pelajar lelaki tingkatan empat itu turut mengadu kepada bapanya yang datang dengan berang sebelum menampar pipi kiri seorang guru disiplin lelaki yang cuba menenangkan ketegangan hingga menyebabkan bibir bengkak dan berdarah.

Difahamkan, insiden berkenaan disebabkan bapa pelajar berumur 40-an itu tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit menahan anaknya kerana kesalahan tidak memakai baju dalam berwarna putih seperti ditetapkan peraturan sekolah.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 8.45 pagi Rabu lalu, pelajar berusia 14 tahun itu dibawa guru wanita berkenaan ke bilik disiplin kerana melanggar peraturan sekolah.


Selepas memaklumkan kepada bapanya, abang pelajar terbabit segera ke bilik disiplin sebelum ‘naik minyak’ terhadap guru wanita terbabit dengan mengeluarkan kata kesat dan memaki-hamun.


“Bapa pelajar terbabit dan rakannya sampai 25 minit kemudian sebelum menarik keluar anak lelakinya dari bilik disiplin.

“Guru wanita itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bapa pelajar berkenaan bersikap kasar terhadapnya. Dia turut mencari seorang guru disiplin lelaki bagi mendapatkan penjelasan,” katanya kepada Harian Metro di sini semalam.

Sumber itu berkata, selepas diketahui dia dicari, guru lelaki terbabit mahu berbincang mengenai kes disiplin pelajar tingkatan dua itu.

“Bagaimanapun, perbincangan tidak berjalan lancar lalu menyebabkan berlaku pertelingkahan sesama mereka.

“Bapa pelajar itu tiba-tiba menampar pipi kiri guru lelaki itu sehingga bibir bengkak dan berdarah,” katanya.

Berikutan kejadian itu, kedua-dua guru terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, guru lelaki itu, ketika dihubungi, berkata dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan lebih terperinci mengenai kejadian yang menimpanya.

“Ada beberapa saksi melihat kejadian yang saya ditampar bapa pelajar berkenaan,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Mengulas kejadian terbabit, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera.

Polis juga mengambil keterangan guru lelaki terbabit.

Sunday, June 29, 2008

Apakah aku salah??????????

Hari ini Jumaat 27/06/08 aku telah mengambil tindakan tidak bertamadun terhadap salah seorang pelajar..Bukan darjah satu bukan darjah enam, bukan tingkatan satu bukan juga tingkatan empat....Tingkatan 6 Atas.. Pelajar yang aku sangkakan matang dari segi pemikiran dan sahsiah....Selama ini pelajar ini banyak menimbulkan masalah dan guru guru lain juga menghadapi masalah yang sama..namun aku tidak mengambil apa apa tindakan. Hanya nasihat dengan harapan dia akan berubah. Segala kesalahan yang dilakukan juga aku diamkan, namun tetap direkodkan hanya tidak ada apa apa tindakan disiplin diambil...alasan aku cuma satu..aku ingin menyelamatkan aset negara..

kesalahan disiplin seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, merokok, membawa rokok, datang lambat.....tidak membuat kerja sekolah...walaupun aku tindakan aku salah tetapi nawaitu hanya satu.....aku ingin menyedarkan dan menyelamatkan pelajar tersebut. Aku lebih suka mengambil pendekatan memujuk daripada kekerasan seperti rotan mahupun tindakan gantung dan buang sekolah...jauh sekali

Namun apa yang berlaku hari ini amat melukakan hati...apakah aku sebagai guru bersalah kerana menegur pelajar yang tidur semasa aku mengajar??? bukan sekali dua aku menegur tetapi lebih dari lima kali..Apakah patut pelajar tersebut berkasar terhadap aku hanya kerana aku menyuruhnya mencuci muka dan mengikuti pembelajaran....Tindakannya yang menengking aku telah membuatkan aku turut naik angin. Seterusnya menghalaunya keluar dari kelas dan memintanya terus berjumpa pengetua dengan diiringi ketua kelasnya. Namun apa yang berlaku ialah dia terus memaki hamun... aku apa lagi...tarik bajunya dan turut berkasar...yelah emosional...
Kata kata terakhir ku pada masa itu ialah " Jangan sampai awak merempat di negara sendiri"..macam sumpah jugakla..

Lepas tu aku nangis la..kat kelas,, then jumpa HEM..nasib baik HEM backing aku...Tapi sampai sekarang ni..hati aku sakit... stress...kawan kawan tolong beritahu sama ada tindakan aku tu salah ke tidak?????????

Friday, February 22, 2008

ISU PELAJAR CEKIK GURU...

Sebagai seorang guru, berita tentang seorang guru perempuan dicekik dan ditolak sehingga hampir jatuh dari tingkat 2 sangat mengecewakan. Malah saya terfikir ada juga murid yang sanggup melakukan perkara begitu kepada gurunya. saya sendiri tidak pernah terfikir jadi tidak terjangkau akal saya untuk terfikir ada anak murid yang sanggup melakukan perkara sebegitu terhadap guru mereka.

Lebih mengecewakan lagi apabila bapanya memberitahu tindakan anaknya ialah tikdakan spontan kerana dikasari oleh guru tersebut.. kekasaran yang dilakukan ialah mencengkam lengan anaknya. Malah bapanya menyalahkan dan mempersoalkan kenapa anaknya harus dibuang dan tindakan yang dianggap tidak adil terhadap anaknya yang akan menduduki SPM.

Saya tidak akan mengulas cerita ini dari aspek rasional tindakan guru tersebut...semua orang sudah faham apa yang berlaku.. tetapi saya tertarik dengan alasan yang diberikan oleh si bapa yang kelihatan berpendidikan agak tinggi... sehingga tahu mengenai tindakan spontan ataupun tindakan refleks daripada sudut sains.

Tindakan spontan bermaksud satu tindakan yang tidak menggunakan otak. Perlaksanaan tindakan spontan berdasarkan impulse/arahan setakat level saraf tunjang atau spinal level. Jadi orang yang berbuat sesuatu secara spontan adalah mereka yang tidak menggunakan otaknya. Contoh mudah, kalau kita terpijak bara api, apa tindakan spontan kita lakukan? Apa yang berlaku ialah kita cepat-cepat menarik balik kaki kita daripada terus terkena kepanasan tersebut. Tindakan spontan ini mengelakkan kita daripada terus tercedera. Kita tak perlu fikir untuk mengangkat kaki tersebut, ia terjadi secara spontan. Automatik...refleks..tanpa berfikir ....hanya spontan

Jadi, adakah reaksi pelajar yang mencekik dan menolak gurunya sehingga hampir jatuh itu satu tindakan spontan? Adakah jawapan ayah nya itu wajar mengaitkan tindakan anaknya sebagai spontan? Jika si ayah kata ya ...maka ini bermaknya anaknya tidak menggunakan otaknya ketika menolak guru tersebut? Saya buat analogi begini... haiwan pun ada otak tapi mereka tiada akal....saya andaikan di dalam kes ini, otak memang tidak digunakan manakala akal diletakkan di dalam tandas..

Saya buat analogi lagi.... adakah sekiranya guru saya mendenda saya kerana saya nakal,contohnya merotan..... saya secara spontan mengambil rotan tersebut dan memukul merotannya semula... Tindakan spontan?????? ataupun tindakan tanpa akal fikiran??? lu fikirlah sendiri..

your future is in your hand

your future is in your hand