(1) ID
(2) EGO
(3) SUPER EGO
Id
Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang individu. Dalam pandangan psikoanalisis, ciri id seseorang itu sudah wujud semasa dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang iwarisi, satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala bawah Sedar. Id merupakan satu tenaga yang primitif. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Id merupakan sumber LIBIDO. Tujuan utama id adalah bagi mendapatkan kepuasan swadiri secara mendadak (immediate
gratification). Itulah sebabnya id tidak mempunyai penyatuan dari segi maksud tidak teratur dan tidak
bermoral. Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif, id merupakan penggerak psikologikal yang tidak payah dipelajari.
Ego.
Ego berbeza dengan id. Ego tidak wujud semasa kelahiran. Sebaliknya, ego berkembang secara berperingkat. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh
dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan identifikasinya dengan orang lain, objek di dalam alam sekelilingnya. Sebagai alat memperkukuhkan swadiri pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur
tingkahlaku dan personaliti individu.
Identifikasi.
Sebagai satu konsep terapan yang disedari, identifikasi memainkan peranan yang penting semasa mengubahkan haluan tenaga psike daripada id kepada ego. Antara fungsi ego adalah ego dapat bertindak terhadap acara yang mendatangkan kecemasan, biasanya konflik atau pertentangan antara id dengan super ego. Ego mempunyai dua cara untuk bertindak dalam keadaan kecemasaan.
(1) Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta kebolehan tenaga pemikiran yang nyata atau yang sebenar. Seterusnya, ego boleh bertindak terhadap tingkahlaku
penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dan
sosialisasi.
(2) Ego boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu-helah dengan memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran. Apabila kaedah ini bergerak dan
mengambilalih tingkahlaku, keadan ini ternyata sebagai mekanisma beladiri ego. Antara mekanisma beladiri adalah pendaman, rosotan, sublimasi.
SUPER EGO.
Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkahlaku psikoanalisis. Super ego lebih menyerupai hati nurani atau 'conscience' seseorang individu. Super ego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik. Moral yang dipelajari,
dikenal pasti daripada ibu dan bapa, mahupun masyarakat. Moral yang demikian dperolehi hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu masih kecil peringkat umurnya dan berkembang dengan penerapan moral sebagai sebati dengan hati nuraninya.
Super ego mengawal ego dan id. Super ego bertindak seakan-akan seperti ibu bapa seorang individu, saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi,
pemikiran, emosi, perasaan, sikap, tingkah laku. Disebalik super ego sentiasa wujud imej pengawalan. Sebagai contoh, lazimnya di kalangan orang Melayu, apabila hendak keluar dari rumah, secara otomatis terlintas bagi memakai kasut. Keadaan menanggalkan kasut sebelum memasuk ke dalam rumah kediaman juga menjadi
kelaziman adat orang Melayu.
1 comment:
hmm nice article..keep a good work
Post a Comment