Sunday, June 29, 2008

CHIKUNGUNYA

Chikugunya....
Namanya pun pelik.... sakit apa tu? Baru ini beberapa orang warga di sekolah saya turut mengalami demam dan di diagnosis doktor sebagai chiku ni lah...Dengar cerita demam teruk, sakit sendi dan sebagainya...Sampai ada murid ambil kesempatan kata kawasan dia kena kuarantin kerana penyakit ini.. Tapi bila dirujuk kepada Pejabatg Kesihatan, tak ada pun kawasan kena kuarantin kerana chiku...Apa pun nama demamnya pun susah nak sebut...dengar macam penyakit baru..,Tapi apa sebenarnya chiku ni... Berikut adalah satu artikel yang saya petik daripada WIKIPEDIA


Demam Chikungunya ialah sejenis demam yang diakibatkan oleh alfavirus yang direbak oleh gigitan nyamuk Aedes aegypti. Penyelidikan terkini oleh Institut Pasteur di Paris menuntut bahawa virus ini telah mengalami mutasi yang membolehkannya untuk direbak oleh nyamuk Aedes Albopictus (bahasa Inggeris: Tiger mosquito). Ini adalah punca wabak di Lautan Hindi dan ancaman di pantai Mediterranean pada masa ini.
Demam Chikungunya juga dilaporkan melanda penduduk Bolaang Mangondow (Sulawesi Utara), Jember (Jawa Timur) dan Kabupaten Bandung (Jawa Barat). Wabak Chikungunya pernah menjangkiti 27 orang di Pelabuhan Klang, Malaysia pada tahun 1999 [1].
Nama penyakit ini berasal daripada perkataan Makonde yang bermaksud "sesuatu yang melengkung ke atas" dan merujuk kepada postur terbongkok-bongkok yang diakibatkan oleh gejala-gejala artritis. Penyakit ini diperihalkan buat pertama kali oleh Marion Robinson [1] dan W.H.R. Lumsden [2] pada tahun 1955, menyusul satu peletusan di Penara Makonde di sepanjang sempadan antara Tanganyika dan Mozambique pada tahun 1952. Chikungunya berkait rapat dengan virus O'nyong'nyong [3].
Deman Chikungunya tidak dianggap sebagai suatu penyakit yang membawa maut. Bagaimanapun, pada tahun 2005-2006, 200 kematian telah dikaitkan dengan penyakit Chikungunya di Pulau Reunion dan di India Selatan, terdapat peletusan penyakit ini yang meluas (khususnya di Karnataka dan Andhra Pradesh); sila lihat Peletusan terkini di bawah.

Gejala
Simptom penyakit demam Chikungunya termasuk demam yang mencecah 39 darjah C, keradangan biasanya digambarkan sebagai petekia atau makulopapular biasanya membabitkan kaki-tangan dan badan, dan artralgia atau artritis menyerang pelbagai sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk. Terdapat juga sakit kepala, jangkitan conjunktiva, serta sedikit fotopfobia.
Ujian serologi untuk Chikungunya terdapat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagai Demam Chikungunya. Penyakit ini biasanya terhad diri dan akan sembuh sendiri. Rawatan gejala dicadangkan selepas mengenepikan penyakit yang lebih merbahaya lain.
Menurut laporan awal Lumsden terhadap epidemiologi pada tahun 1955, istilah "chikungunya" berasal daripada kungunyala, kata kerja dasar Makonde yang bermaksud "kering" atau "berkernyut". Dalam penyelidikan serentak, Robinson menterjemahkan istilah Makonde ini dengan tambahan antara baris sebagai "sesuatu yang melengkung ke atas". Rujukan kepada bahasa Makonde kemudian terlepas perhatian pengarang-pengarang yang berikut dan mereka menganggap bahawa istilah ini berasal daripada bahasa Swahili, lingua franca kawasan itu.

No comments:

your future is in your hand

your future is in your hand