Wednesday, August 26, 2009

Rizz dah tiga bulan..








pejam celik pejam celik, cepat je riz dah 3 bulan... rasanya baru semalam lahirkan dia.. dah tembam sekarang...... makin bijak lak tu..dah pandai senyum dan ketawa bila di agah..

Saturday, August 22, 2009

happy birthday faezzz

tahun ni birthday faez betul betul pada 1 ramadan.. jadi takdelah makan makan cam tahun lepas..apa pun, sempat jugak gi kfc untuk celebrate anak beranak... happy birthday faez.. ampat taun laaa...


tapi terlupa nak bawak camera ... so ni gambar taun-taun lepas ...boleh la..peace

Tuesday, August 18, 2009

Sunday, August 16, 2009

HAZIQ DAN TONSILNYA...operate 14/8/2009


Haziq, anak yang kedua selalu demam sejak bayi..setiap kali demam doktor kata tonsilnya membengkak...mula mula rasa agaknya sebab demam kot tonsilnya bengkak..Tapi sehingga umurnya 7 tahun, ia tetap membengkak walaupun tidak demam dan selesema. Baru baru ini Haziq menjalani pembedahan untuk membuang tonsil atas nasihat doktor supaya tidak berlaku gangguan pernafasan dan pemakanan kelak. Pada masa yang sama saya mencari maklumat tentang tonsil dan sejauh mana ia menjejaskan kesihatan kita.

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya.Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi.

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun. Tonsilitis kebanyakannya tidak berbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

your future is in your hand

your future is in your hand