Monday, July 28, 2008

CABARAN PENDIDIK ERA MILENIUM

USAHA memperkasakan sektor pendidikan ke peringkat global perlu dilaksanakan menerusi mekanisme sesuai bagi menjamin tahap kualiti sasaran mampu dicapai.

Antaranya, meningkatkan mutu pendidikan, taraf kelayakan, prasarana asas, kualiti pendidik serta modul diguna pakai agar setara dengan piawaian ditetapkan.


Namun, usaha ini lambat kerana terlalu banyak rungutan, polemik dan sikap guru yang tidak dedikasi atau bekerja semata-mata mahu mengelak menjadi penganggur terhormat.

Natijahnya, kredibiliti sektor pendidikan dipertikai dan dicemari unsur tidak telus menyebabkan segelintir masyarakat hilang kepercayaan.

Lebih memburukkan keadaan, pelajar juga semakin hilang hormat kepada guru manakala guru pula tidak mampu mengambil sebarang tindakan kerana terikat pelbagai peraturan.

Senario ini memberi impak buruk kepada pendidik dan institusi pendidikan serta menggugat usaha memartabatkan profesionalisme ini ke peringkat tertinggi.

Mmalah persepsi negatif itu boleh membantutkan usaha meninggikan taraf pendidikan yang dirancang.Institusi pendidikan dan guru perlu menerima pengiktirafan tertinggi selain tidak boleh dicemari isu yang boleh menggugat kredibiliti ke peringkat global.

Sejak dulu lagi, masyarakat memandang tinggi guru dan institusi pendidikan kerana yakin mampu menjana pem bangunan bangsa pada masa depan. Malangnya, isu, polemik dan insiden yang tercetus sejak kebelakangan ini bagai merentap kepercayaan itu hingga ada pihak hilang keyakinan.


Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu mengenai pendidikan dipaparkan media sehingga menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan masyarakat. Dulu, institusi pendidikan dan guru boleh berjalan seiring tanpa kerenah birokrasi atau tentangan masyarakat.

Bagaimanapun perubahan zaman, tahap pendidikan, pendedahan serta mudahnya mendapat maklumat mengubah mentaliti masyarakat.Ibu bapa dulu sangat menyanjungi guru, manakala pelajar pula dididik supaya menganggap mereka insan perlu dihormati. Situasi ini meningkatkan lagi nilai kualiti guru. Malangnya kini, keadaan berubah, malah ibu bapa lebih banyak mendengar kata anak selain kerap menyalahkan guru.

Ada ibu bapa hanya mengharapkan guru mendidik anak mereka dan bersikap lepas tangan manakala guru pula kerana takut dimarahi atau dikenakan tindakan bersikap berdiam diri. Jadi, di manakah penyelesaiannya?

Untuk melahirkan institusi pendidikan terbaik dan pelajar cemerlang, suasana harmoni perlu diwujudkan. Apabila pihak tidak puas hati boleh me luahkan perasaannya, masalah boleh diatai. Gguru perlu tahu hak, gunakan saluran betul untuk mempertahankan diri, kebenaran atau teraniaya. Manakala masyarakat atau ibu bapa jangan bersikap cepat menghukum. Berjumpa atau bincanglah dengan baik. Perbalahan boleh menyebabkan institusi persekolahan dan pendidikan serta masyarakat runtuh, ini merugikan negara dan bangsa. Bagi menanganinya, kekangan atau masalah sedia ada perlu dibincangkan secara telus tanpa membabitkan emosi atau ‘kekuasaan’.

Ibu bapa perlu berfikiran terbuka jika anak mereka di hukum, selidik dulu sebelum mengambil apa jua tindakan. Guru pula perlu tunjukkan kredibiliti sebagai golongan diamanahkan mencurah ilmu.Jika semua pihak bersatu dan bekerjasama institusi pendidikan akan diangkat semula ke mercu.

Monday, July 21, 2008

SAMSENG DUA BERANAK..............

Lagi kisah sedih membabitkan guru dan pelajar....penulis memetik berita yang disiarkan di akhbar-akhbar utama...Untuk sekitan kalinya penulis tersentak dengan laporan tersebut. Adakah sudah hilang hormat pelajar terhadap guru? Bukan hanya pelajar terbabit yang sah-sah melanggar peraturan sekolah..malah bapanya juga turut sama bersikap samseng apabila mengasari guru disiplin lelaki sekolah berkenaan. Apakah salah guru disiplin yang tugasnya mengawasi dan mengawal disiplin pelajar disekolah menahan pelajar berkenaan dan apakah tindakan seorang guru disiplin jika seorang pelajar melanggar disiplin sekolah. Hanya melihat, tersenyum, ketawa atau menggeleng kepala melihat pelanggaran disiplin pelajar di sekolah???

Si bapa yang turut tidak berdisiplin itu malah menyebelahi tindakan anaknya dan malah mengasari guru. Apakah yang difikirkan si bapa sehingga sanggup mengasari guru disiplin yang cuba meleraikan pertikaian tersebut? Tunjuk hero atau tunjuk samseng?

Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: “Pergi mampus! Matilah kau!” Itulah ayat biadab diulang berkali-kali seorang pelajar sebuah sekolah menengah yang mengamuk berikutan tindakan seorang guru wanita menahan adik lelakinya di bilik disiplin kerana melanggar peraturan sekolah.

Pelajar lelaki tingkatan empat itu turut mengadu kepada bapanya yang datang dengan berang sebelum menampar pipi kiri seorang guru disiplin lelaki yang cuba menenangkan ketegangan hingga menyebabkan bibir bengkak dan berdarah.

Difahamkan, insiden berkenaan disebabkan bapa pelajar berumur 40-an itu tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit menahan anaknya kerana kesalahan tidak memakai baju dalam berwarna putih seperti ditetapkan peraturan sekolah.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 8.45 pagi Rabu lalu, pelajar berusia 14 tahun itu dibawa guru wanita berkenaan ke bilik disiplin kerana melanggar peraturan sekolah.


Selepas memaklumkan kepada bapanya, abang pelajar terbabit segera ke bilik disiplin sebelum ‘naik minyak’ terhadap guru wanita terbabit dengan mengeluarkan kata kesat dan memaki-hamun.


“Bapa pelajar terbabit dan rakannya sampai 25 minit kemudian sebelum menarik keluar anak lelakinya dari bilik disiplin.

“Guru wanita itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bapa pelajar berkenaan bersikap kasar terhadapnya. Dia turut mencari seorang guru disiplin lelaki bagi mendapatkan penjelasan,” katanya kepada Harian Metro di sini semalam.

Sumber itu berkata, selepas diketahui dia dicari, guru lelaki terbabit mahu berbincang mengenai kes disiplin pelajar tingkatan dua itu.

“Bagaimanapun, perbincangan tidak berjalan lancar lalu menyebabkan berlaku pertelingkahan sesama mereka.

“Bapa pelajar itu tiba-tiba menampar pipi kiri guru lelaki itu sehingga bibir bengkak dan berdarah,” katanya.

Berikutan kejadian itu, kedua-dua guru terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, guru lelaki itu, ketika dihubungi, berkata dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan lebih terperinci mengenai kejadian yang menimpanya.

“Ada beberapa saksi melihat kejadian yang saya ditampar bapa pelajar berkenaan,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Mengulas kejadian terbabit, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera.

Polis juga mengambil keterangan guru lelaki terbabit.

Friday, July 18, 2008

Wednesday, July 16, 2008

Baru baru ini Majlis Peguam Malaysia (MPM) mengadakan satu forum untuk membincangkan tentang kontrak sosial. Kontrak sosial ataupun yang juga dikenali sebagai pakatan murni merupakan persetujuan antara kaum berkaitan dengan isu-isu tertentu yang memberikan keistimewaan bukan hanya terhadap kaum Melayu tetapi juga kaum bukan melayu secara umumnya.

Apa yang menjadi persoalan ialah mengapa MPM mahu mempersoalkan kontrak sosial sedangkan ia telah lama dipersetujui oleh semua kaum semasa pembentukan Malaysia. Adalah menjadi amalan orang Melayu yang suka memberi,jadi dalam konteks Kontrak Sosial, orang melayu sanggup memberikan kewarganegaraan kepada India dan Cina. Dan dalam masa yang sama perlukan satu mekanisme untuk melindungi hak hak dalam negara daripada persaingan akibat sikap yang suka memberi ini... adat dunia... orang yang diberikan tidak akan merasa puas dan akhirnya bertukar menjadi tamak dan ingin memiliki semua sekali..

Hal ini telah difikirkan olen pemimpin yang mencadangkan Kontrak Sosial kerana perkara ini boleh dijangkakan. Jadi apalah salahnya jika kita memberi tetapi pada masa yang sama menetapkan syarat-syarat. Dan hal ini telah dipersetujui sejak 50 tahun. Pada masa sama penduduk bukan bumiputera menerima atau mendapat kerakyatan..Adakah itu tidak dinamakan keistimewaan. Jika mereka ini tidak diberikan keistimewaan ini maka sehingga hari ini mereka masih lagi bukan warganegara Malaysia.

Dalam hal ini saolah olah Presiden MPM tidak mahu mengetahui atau sengaja melupakan fakta sejarah apabila menidakkan pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang Melayu untuk memberikan tempat kepada kaum lain supaya mereka dapat memulakan kehidupan mereka di sini semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Mengapa tiada ucapan terima kasih kepada orang Melayu yang memberi peluang kepada kaum tertentu lain untuk menjadi warganegara di Tanah Melayu (Malaysia)?


Asas pembentukan negara ini berpaksikan 'kontrak sosial' yang dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam dan Islam adalah agama rasmi. Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumiputera dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan BN serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu. Mengapa hendak dipertikaikan lagi?

Sebagai satu badan yang diterajui oleh golongan elit, mpm haruslah rasional dalam segala tindakan. Tindakan mengadakan perararakan dilihat seolah olah merendahkan martabat golongan peguam yang kononnya intelek tetapi tiada bezanya dengan rakyat golongan bawahan di Indonesia, India dan Bangladesh yang sering mengadakan.

ironinya, Orang Melayu tidak akan berdiam diri jika hak mereka dibincang dan dipersoalkan. Oleh itu, jangan jadikan Majlis Peguam sebagai pertubuhan yang kononnya elit sehingga tidak boleh ditegur.

Tuesday, July 15, 2008

ANAK KECIL MAIN API

BARU BARU INI PENULIS MENGHADIRI KURSUS ANJURAN BIRO TATANEGARA...TERSENTUH JUGA HATI PENULIS DENGAN SENARIO POLITIK YANG BERLAKU SEKARANG INI.. DAN MEMBUATKAN PENULIS LEBIH FAHAM AKAN TANGGUNGJAWAB PENULIS SEBAGAI MANUSIA, RAKYAT DAN JUGA SEBAGAI GURU.

APA YANG PENULIS INGIN KONGSIKAN IALAH MENGENAI SEBUAH LAGU YANG PERNAH PENULIS HAFAL SATU KETIKA DAHULU KETIKA SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH IAITU SEKITAR HUJUNG 80 AN DAN 90 AN. MALAH PENULIS JUGA MENYANYIKAN KETIKA MENGHADIRI KURSUS ASAS BTN. PADA MASA ITU PELAJAR TADIKA JUGA MENYANYIKAN LAGU INI SEBAGAI LAGU WAJIB. IAITU ANAK KECIL MAIN API. LAGU YANG MENYENTUH NASIB ORANG MELAYU..SAYA MASIH MENGHAFAL VERSI ASAL YANG DI BERIKAN LIRIKNYA OLEH ABANG SAYA YANG BELAJAR DI MRSM MUAR DAN JUGA VERSI YANG LEBIH PENDEK.

SEBAGAI ORANG MELAYU SAYA INSAF DAN NAIK SEMANGAT APABILA MENYANYIKAN LAGU INI... SEBAGAI ORANG MELAYU ANDA JUGA PATUT MENGALAMI PERASAAN SEPERTI YANG SAYA RASAI..

MARILAH SAMA SAMA MENYANYIKAN LAGU INI..

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Mengalir Keringat
Bumi milik diancam orang (kini dinyanyikan Bumi Dipijak milik orang)

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman...

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa Depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang (kini dinyanyikan Dah Hilang...)

Kita rumpun bangsa Melayu
Menganut Agama Yang Suci
Semangat Bangsa Berlandaskan Islam
Teras capai kemerdekaan

Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan Bangsa
Alatkan Agama Demi Peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi

(Dua rangkap di atas tidak dinyanyikan lagi kini)

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa (kini dinyayikan Maha Perkasa)
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha

Melayu kan gagah di Nusantara (3 KALI)

Monday, July 14, 2008

SAMSUDIAH

SAM DAN YVONNE




SAM DAN SUE


SEMOGA BERBAHAGIA DI TEMPAT BARU DAN JANGAN LUPA KAMI DI SINI
KEEP IN TOUCH..

PENYAKIT LALAI

LALAI adalah satu penyakit yang menimpa individu dan masyarakat. Jika diamati ia sejenis penyakit cukup berbahaya, yang boleh membunuh cita-cita dan semangat, malah boleh membawa kepada kehancuran dalam kehidupan (suul kha timah).

Sekiranya penyakit lalai menyerang orang yang berilmu, orang terbabit akan berperwatakan sebaliknya, menjadi orang yang dungu seperti tidak tahu apa-apa dan jika penyakit ini menyerang orang kaya, mempunyai harta keliling pinggang, orang terbabit akan menjadi hina.


Lalai dalam bahasa biasa dapat dimengertikan, melakukan sesuatu tanpa hati-hati, mengabaikan yang terpenting da ripada yang penting.

Dalam al-Quran, ayat 179, dari surah al-A'raaf, Allah memberi takrif mengenai lalai: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti bi natang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.

Jadi, melalui al-Quran kita dapat mengetahui makna lalai iaitu tidak berfikir, tidak melihat dan tidak mendengar. Dalam erti kata lain ialah tidak menggunakan segala panca indera yang dianugerahkan Allah dengan sebaik-baik ke gunaan.

Dalam Islam, lalai ada beberapa fokus. Sesiapa yang mem punyai ciri-ciri dalam fokus ini, dia berada dalam bahaya. Tetapi orang yang paling bahaya ialah apabila dia tidak mengetahui yang dia sebenarnya berada dalam bahaya.

1. Lalai terhadap perkara yang membahayakan dan men datangkan murka Allah, memandang kecil terhadap dosa, tidak bertaubat dan tidak takut langsung dengan dosa. Dia sebenarnya dalam bahaya. Justeru, hati-hatilah!

2. Lalai terhadap perbuatan yang boleh menyelamatkan diri daripada azab Allah iaitu tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam rukun iman dan Islam. Malah, kadangkala sesetengah pula tidak tahu mengenai Rukun Iman dan Rukun Islam.

3. Lalai untuk menggunakan peluang iaitu tidak meng gunakan umur dan waktu yang diberi Allah sebagai modal untuk mencipta kebaikan dunia dan keuntungan di akhirat.

Umur diberi kepada manusia dengan percuma, ia sangat mahal sehingga banyak tempat dalam al-Quran Allah ber sumpah dengan waktu dan umur.

Tetapi kita manusia tidak tahu mengisi umur dan masa dengan amalan berharga. Itulah yang dinamakan lalai me rebut peluang, lalai untuk berterima kasih terhadap tuan yang memberikan umur kepada kita, kerana jika tidak lalai pasti kita isikan dengan aktiviti berguna.

4. Lalai terhadap kualiti hati, iaitu diri tidak tahu keadaan hatinya, sama ada sakit atau sihat. Malah disebabkan lalai, diri tidak mengetahui hatinya hidup subur atau mati.

Apabila lalai, dia bersikap tidak peduli terhadap hatinya, tidak pernah memikirkan untuk memberikan rawatan ter hadap hatinya. Justeru, hati yang keras menjadi bertambah keras, sukar menerima pendapat, nasihat dan tunjuk ajar.

5. Lalai terhadap musuh dan perangkap syaitan yang tidak pernah lalai terhadap mangsanya, terdiri daripada manusia. Syaitan sentiasa mencari peluang untuk memperdayakan manusia, tanpa berasa letih pada bila-bila masa, tetapi apabila manusia lalai, saat itulah peluangnya untuk menggoda ma nusia.

Tetapi tahukah anda, lalai yang paling bahaya ialah apabila orang mula menjadikan dunia sebagai matlamat atau tujuan kehidupan, sedangkan dunia adalah alat yang digunakan sewajarnya bagi mendapatkan habuan di akhirat.

Sekiranya antara kita tersenarai dalam mana-mana go longan yang lalai di atas, kita sebenarnya dalam bahaya. Justeru, marilah kita sama-sama melakukan penambah bai kan terhadap diri kita, amalan kita, ahli keluarga kita dan rakan taulan kita.

Tidur mengingatkan mati

APABILA membuka mata dari tidur setiap pagi, bacalah doa kesyukuran kerana usia kita dipanjangkan Allah, terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur.

Tidur adalah kemestian bagi manusia. Memang pelik dan ganjil jika ada manusia berkata mereka tidak pernah tidur sepanjang hidupnya.


Manusia bukannya enjin, ia perlukan rehat. Enjin pun bekerja jika ada minyak atau elektrik, itupun enjin tidak kekal lama jika digerakkan tanpa henti.

Walaupun manusia mendapat makanan dan minuman mencukupi, mereka akan penat jika bekerja tanpa rehat. Justeru, cara terbaik ialah berehat atau tidur untuk me mulihkan tenaga.

Selain itu, kita hendaklah insaf pintu taubat masih terbuka. Dan, ketahuilah tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita mengingati kematian.

Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan, adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi. Betapa syumulnya Islam, membimbing hal yang kecil hingga perkara yang besar.

Berwuduklah sebelum tidur kerana Allah akan memelihara roh kita di sisi-Nya. Tetapi, jika tidur tanpa wuduk, Tuhan tidak akan memandang kita dan membiarkan jin dan syaitan mengganggu kita. Itulah kita sering dibuai mimpi kosong yang tidak berfaedah.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat kerana ia satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi diberkati Tuhan.

Tidurlah apabila rasa mengantuk. Dengan tidur, anggota tubuh akan mendapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah tidur berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah.

Jangan pula tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum Zuhur.

Gunakanlah masa pada siang hari untuk menguruskan pentadbiran dunia. Tidurlah sedikit pada waktu malam dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manu sia-hamba yang mencari keredaan Tuhannya.

Jauhkan diri kita daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Hindarkan diri daripada tidur terlalu lama supaya tidak dikencing syaitan. Janganlah tidur siang menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajah dan rezeki menjadi mahal.

Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, insya-Allah diri kita akan mendapat berkat.

Ingatlah masalah tidur sering dianggap remeh dalam hidup ini tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan diri kita hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca.

Syaitan bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka mem perdayakannya. Tiga perkara itu ialah:

i. keinginan untuk makan

ii. keinginan terhadap perempuan

iii. keinginan untuk tidur

Selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia, selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia.

Adab sebelum, ketika dan selepas makan mengikut Islam

BANYAK penyakit yang menyerang manusia berkait rapat dengan makan minum. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w sering mengingatkan umat Islam berkaitan bahaya perut agar me reka berwaspada dengannya.

Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali menye naraikan tujuh adab sebelum makan yang perlu dijaga:


1. Memastikan makanan daripada sumber halal.

2. Membersihkan tangan.

3. Meletakkan makanan dalam bekas yang diletakkan di lantai kerana ia melatih diri untuk bertawaduk. Tetapi jika makanan diletakkan di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidaklah dilarang.

4. Duduk secara betul. Dilarang makan sambil berbaring atau bersandar.

5. Berniat agar makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadat kepada Allah.

6. Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan ber syukur.

7. Berusaha untuk tidak makan seorang diri, tetapi ber sama-sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak sendiri.

Imam al-Ghazali juga menyenaraikan adab ketika makan yang perlu dijaga agar makanan itu diberkati oleh Allah.

1. Mulakan dengan bismillah dan doa.

2. Makan dengan tangan kanan.

3. Mengunyah dengan baik.

4. Jangan dicaci sebarang makanan.

5. Sebaik-baiknya dijamah makanan yang terdekat kecuali buah-buahan.

6. Jangan menghembus di atas makanan yang panas. Tunggulah dengan sabar.

7. Jangan makan secara berlebihan.

8. Apabila terpaksa minum air, pastikan ia sedikit saja kecuali jika perlu.

Berhubung dengan adab selepas makan, Imam al-Ghazali memberikan beberapa panduan.

1. Berhenti makan sebelum kenyang.

2. Menjilat jari.

3. Membasuh tangan.

4. Berdoa.

5. Mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi.

6. Banyak bersyukur kepada Allah.

7. Beristighfar agar diampunkan Allah andai ada unsur syubhah pada makanan.

PERKARA 153 - KETUANAN MELAYU

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia


Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.


Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.


Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.


(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.


(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.


(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.


(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.


(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.


(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.


(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.


( Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—


(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau


(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau


(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.


(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.


(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.


(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.


(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.


Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.


Ketuanan Melayu


Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.


Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.


Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).


Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia oleh PAP.


Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”. Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.


Kontrak Sosial


Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.


Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.


Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat formal mengenai kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak sosial.


Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.” [1]


Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.


Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.


Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.


Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.


Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.


Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.”


Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-parti politik sejak kebelakangan ini. Semangan muhibah dikalangan pemimpin-pemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh pemimpin bukan melayu…di mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari pembangkang tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina?? Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk ‘survive’ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. Diharap anak-anak muda faham akan kenapa walaupun negara kita sudah 50tahun merdeka konsep ini masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya Malaysia dengan Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini. Adakah anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan digantikan dengan konsep Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti PKR dan PAS ini merupakan anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan Melayu ini. Cuba fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin??

Terkini:

Istilah “Ketuanan Melayu” perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayu sebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah pusaka (sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu. Istilah ini juga merujuk kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan “Ketuanan Melayu” dari segi kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang longgar. “Ketuanan Melayu” dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagi menyatupadukan orang Melayu menentang Malayan Union dan bukannya menuntut kemerdekaan. Oleh itu, konsep ini ialah peristiwa dan reality sejarah pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan bertujuan untuk menggugat perpaduan masyarakat Malaysia.

Istilah di atas merupakan penjelasan Kementerian Pendidikan mengenai Ketuanan Melayu. Penjelasan ini dipetik dari blog LKS.

PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan.

Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan.

Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-hak istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan U_nion (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagai mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.” [2]

Saya ingin memberi satu contoh yang lebih meluas lagi. Kita sedia maklum jumlah golongan profesional Melayu dan Bumiputra adalah masih jauh lebih kecil kalau di bandingkan dengan jumlah bukan Melayu dan bukan Bumiputra yang sudah lama mendapat “head start” sejak dari zaman penjajahan lagi. Untuk merapatkan jurang “human capital” atau modal insan yang terlatih lagi canggih ini aspek pendidikan merupakan satu aspek yang amat penting sekali bagi meramaikan bijak pandai Melayu.

Mengambil kira faktor inilah maka semasa pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Suruhanjaya Reid dan kemudiannya menjadi Perlembagaan Persekutuan Melayu Raya atau Malaysia selepas Malaysia ditubuhkan telah dimasukkan Perkara 153 ke dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memperuntukan bahawa setiap orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang berkelayakan adalah diberi hak biasiswa secara automatik. Ini jelas dari Perkara 153 (3) yang antara lain memperuntukkan :

“ perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak ………. mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas, Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagainya yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian 10 atau kepada mana-mana pihakberkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu ; dan Suruhanjaya atau pihakberkuasa itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna.”

Daripada peruntukan di atas jelas bahwa orang Melayu secara automatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas.

Ini jelas merupakan hak, harta dan pusaka kepada orang Melayu sebagai pribumi negara ini. Harta pusaka ini haruslah kita pertahankan dengan nyawa dan kekuatan yang ada ada pada kita. Dan jangan sekali-sekali kita membiarkan ia di cairkan atau “diluted” oleh mana-mana pihak atas apa-apa asas atau sebab pun oleh kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi sebarang pemberian pinjaman atau apa-apa bantuan atau kemudahan dalam pelajaran yang memerlukan pembayaran balik adalah bertentangan dengan dan tidak memenuhi semangat Perkara 153 (3) Perlembagaan. Ini perlu diperbetulkan oleh pihak kerajaan.

Kalau tidak Kerajaan adalah tidak berlaku adil kepada orang Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak. Perlu diingat bahawa keadilan dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apa guna kita ada bangunan yang antara yang tertinggi di dunia dan prasarana negara serba canggih jika negara pada waktu yang sama sudah tiada peruntukan untuk biasiswa kepada pelajar Melayu miskin yang berhak untuk mendapat biasiswa tersebut ? Kerajaan perlu mencari cara penyelesaian supaya hak orang Melayu yang sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia dipulihkan.

Sejak negara ini merdeka pada 1957, Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia inilah yang menjadi sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program affirmative yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera di bidang sosio-ekonomi. Perkara 153 inilah yang menjadi sumber kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Jika dasar-dasar yang melahirkan program-program affirmative ini dipertikai atau diganggu-gugat, akibatnya orang Melayu dan Bumiputera akan melarat dan terpinggir dari arus perdana pembangunan dan kemajuan di era globalisasi.

Hakikat ini perlu diinsafi dan difahami sedalam-dalamnya oleh semua pihak, baik pemimpin politik, pembuat dasar, pelaksana dasar mahupun seluruh rakyat jelata. Janganlah kerana Malaysia tidak mahu disisihkan oleh globalisasi, maka dasar, strategi dan program mengenai orang Melayu dan Bumiputera pula dipinda, diubahsuai atau dimansuhkan sehingga mereka jadi terpinggir, mundur atau kehilangan jatidiri atau identiti akibat globalisasi.

Oleh itu, Kerajaan perlu mengkaji sedalam-dalamnya seluruh dasar dan undang-undang yang diwujudkan untuk kesejahteraan orang Melayu dan Bumiputera sebelum mengambil sebarang keputusan sama ada dasar dan undang-undang berkenaan perlu dipinda, diubahsuai atau dimansuhkan atas nama globalisasi. Sekiranya kuasa Barat atau talibarutnya di negara ini menuntut supaya dasar atau undang-undang berkenaan mesti dipinda, diubahsuai atau dimansuhkan, Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mestilah bertegas.

Mereka mesti mempunyai iltizam politik dan iltizam nasional yang kuat untuk mempertahankan seluruh dasar tersebut. Janganlah terdapat mana-mana pihak yang berkecuali dan jangan pula ada golongan yang mendukung desakan seperti ini. Globalisasi juga menuntut sektor swasta Malaysia untuk mewujudkan dasar serta strategi baru. Mereka juga perlu meningkatkan kecekapan pengurusan dan memperhebatkan produktiviti sumber manusia masing-masing.

Pendek kata, mereka perlu menyiapkan diri untuk menghadapi persaingan global. Dalam pada itu, sektor swasta Malaysia sewajarnyalah sentiasa mempertahankan dasar-dasar yang membabitkan orang Melayu dan Bumiputera. Janganlah atas nama globalisasi, maka segala dasar Melayu dan Bumiputera yang kini dihayati serta dilaksanakan oleh sektor swasta juga terus diketepikan. Insaflah, di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jangan sampai kera di hutan disusukan, ayam di kepok mati kelaparan dan itik di air mati kehausan!

Jadi, globalisasi, globalisasi juga. Tapi kepentingan Melayu, bumiputera atau pribumi di bumi tercinta ini jangan pula digolok-gadaikan. Jadi, kalau ada orang Kerajaan nak bidas-bidas rakyat jelata Malaysia yang rimas, cemas dan panas pasal keaktifan beberapa syarikat Singapura membeli saham syarikat-syarikat strategik di Malaysia, jangan ada mana-mana pihak cuba memperlinya. Dan, jangan kita jadi dayus sehingga kita rela dijadikan kuda kepang oleh jiran tetangga yang tidak tahu beradab dan berbahasa. Atau, jangan juga kita jadi petualang yang akan membantu kemasukan trojan horse ke negara ini. Kalau itu terjadi, sah kita adalah pengkhianat yang mempersilakan masuk berkhemah di depan tangga.

PENGEKALAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

NASIONAL Prinsip ketuanan Melayu perlu diperjuangkan


Prinsip ketuanan Melayu perlu terus diperjuangkan kerana ia tuntutan moral yang melambangkan perjalanan panjang sejarah sesebuah bangsa sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Ahli sejarah dan bekas pensyarah Sejarah Universiti Malaya, Datuk Dr Malik Munip, berkata prinsip itu menunjukkan Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Tanah Melayu dihuni oleh kaum itu dulu sebelum kedatangan kaum lain ketika penjajahan British.

Beliau berkata, sejarah Melayu di negara ini bukan bermula setakat tarikh merdeka pada 1957, sebaliknya lebih lama yang membentuk perjalanan sebuah bangsa.



"Pendeta Za'aba berkata kesatuan Melayu di Tanah Melayu adalah berbeza daripada pertubuhan kaum lain di Tanah Melayu kerana Melayu adalah kaum asal dan teras negara yang bersifat nasional," katanya pada ceramah Himpunan Perpaduan Melayu anjuran Sekretariat Perpaduan Melayu Jerai di sini, kelmarin.

Turut berucap, Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Cempedak, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail.

Beliau berkata, sebagai tukaran kepada prinsip `jus soli', kontrak sosial negara berhubung ketuanan Melayu mahukan budaya, agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu dihormati di negara ini tanpa menggugat hak kaum lain.

Bagaimanapun, katanya, agak malang pada masa ini ada sesetengah orang Melayu sendiri yang `terperangkap otak' dan menolak perjuangan ketuanan Melayu.

"Ada juga pihak menterjemahkan ketuanan Melayu sebagai `Malay dominan' kerana istilah itu tidak betul dan tidak ada moral.

"Ketuanan Melayu adalah asas kepada kedaulatan Tanah Melayu kerana kaum itu yang asal berada di negara ini bukan hendak suruh orang lain panggil Melayu bos," katanya.

Beliau berkata, sebagai kaum asal, hak dan keistimewaan yang diperoleh tentu akan berbeza dengan pihak lain.

Sunday, July 13, 2008

KADAR KELAHIRAN MENURUN

BERITA MINGGU, AHAD 13 JULAI 2008.

Populasi golongan muda dijangka berkurang impak daripada budaya kahwin lewat

KUALA LUMPUR: Sejak sedekad lalu, kadar kelahiran di Malaysia semakin menurun dengan 21.6 peratus pada 2001 kepada 18.7 pada 2006 berikutan kebanyakan warga Malaysia memilih berkahwin lewat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata senario ini bagaimanapun sudah dijangka dan mungkin tidak akan berubah kerana masyarakat Malaysia menuju ke arah masyarakat industri.

"Daripada kajian populasi penduduk yang dilakukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), kebanyakan wanita hanya akan berkahwin pada usia 25 tahun, manakala lelaki 28 tahun," katanya.

Keadaan itu katanya meninggalkan impak kepada struktur usia penduduk Malaysia terutama golongan muda. Peratusan golongan muda menurun daripada 19 peratus pada 2000 kepada 18.5 peratus pada 2007. Keadaan itu akan berlanjutan dengan anggaran penurunan 16.9 peratus menjelang 2020.

Sehingga 2025, dijangka satu pertiga populasi Malaysia adalah kanak-kanak berusia 14 tahun ke bawah.

Penurunan peratusan golongan muda katanya, menyaksikan peningkatan golongan tua dalam tempoh 20 tahun akan datang. Malah, menjelang 2020, seramai tiga juta penduduk adalah golongan berusia 60 tahun ke atas.

Kahwin lewat juga kata Dr Ng, menyebabkan kebanyakan keluarga hanya mengehadkan kelahiran pada dua anak. Keadaan ini mewujudkan struktur keluarga 2-2-4, iaitu sepasang suami isteri dengan dua anak, menjaga dua pasangan orang tua.

Disebabkan Malaysia menuju ke arah masyarakat industri, peratusan umur mereka yang bekerja juga meliputi 15 tahun hingga 59 tahun. Selain wanita, kelompok ini juga mewakili kanak-kanak dan warga emas.

"Wanita bekerja terpaksa mencipta keseimbangan antara tuntutan kerja dan keluarga. Justeru persekitaran tempat kerja seharusnya kondusif dan memberi peluang ibu bapa bertanggungjawab dan menyeimbangkan antara kerja dan anak," katanya.

Wednesday, July 9, 2008

TEORI KEDATANGAN ORANG MELAYU


Kendi kuatkan teori Melayu dari Champa
Oleh Hussain Said
BERITA MINGGU


SALAH satu kendi yang ditemui Sungai Mentakab, Pahang berusia lebih 2,000 tahun.
PENEMUAN kendi berusia ribuan tahun tertanam di kawasan bukit berdekatan sungai di Mentakab, Pahang baru-baru ini menguatkan teori asal usul masyarakat Melayu zaman logam, sekitar 2,000 tahun lalu yang dikatakan dari Vietnam Utara dan Champa.

Kendi atau istilahnya dalam perkataan Sanskrit kundika adalah tempat menyimpan air yang biasanya diperbuat daripada logam seperti gangsa dan tembaga atau seramik.

Selain menjadi tempat menyimpan air, kendi yang mempunyai signifikan tersendiri berdasarkan reka bentuk dan lakarannya yang unik turut digunakan bagi menyimpan wangi-wangian, mereneh ubat, upacara keagamaan dan perkahwinan.



Lazimnya, kendi yang diperbuat daripada logam digunakan golongan bangsawan yang dikenali sebagai 'Kendi Diraja' untuk dijadikan tempat mereka meludah dan sebagai tepak sirih yang mesti ada berdekatan.

Dalam konteks zaman moden selepas kedatangan Islam, kendi dijadikan tempat menyimpan air suci iaitu air zam-zam dan ketika ini kendi yang diperbuat daripada logam sukar diperoleh berbanding jenis seramik.

Pembuat kendi selalunya menjadikan haiwan mengkarung, cicak, buaya sebagai identiti ukiran hiasan kendi yang dihasilkan selain imej burung, kerbau, muka manusia, rebung dan buluh.



Keistimewaan dan keunikan sesebuah kendi itu selalu berdasarkan ukiran serta material yang digunakan dan kedua-dua faktor itu juga melambangkan kemewahan kepada pemiliknya.

Penemuan dua lagi artifak sama di Port Dickson dan Terengganu, juga berdekatan kawasan sungai selepas itu mengukuhkan lagi teori kewujudan peradaban Kerajaan Melayu Maritim sezaman dengan Kerajaan Langkasuka, Champa dan Funan.

Pengkaji sejarah tamadun alam Melayu, Wan Ahmad Arshad, yang menemui dan memiliki ketiga-tiga artifak itu berkata, zaman logam mula berpengaruh di Nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa.

Kebanyakan institusi peradaban purba mempunyai akar umbi 'riverine maritime' yang kukuh serta strategik dan peradaban awal ini dipercayai berevolusi daripada masyarakat pra sejarah yang hidup secara nomad atau masyarakat pertanian yang terpimpin.

"Berdasarkan sumber bertulis China, seawal milenium pertama sebelum masihi dan selewat-lewatnya kurun ke-2 masihi sudah muncul kerajaan awal di alam Melayu seperti Dong Son, Vietnam Utara; Fu-Nan, Lembah Sungai Mekong; Champa, Vietnam Tengah; dan Langkasuka, Selatan Thailand-Kedah," katanya.

"Antara alasan perpindahan atau penghijrahan itu termasuk mencari tempat baru bagi putera raja atau mencari negeri baru untuk dibuka serta diterokai selepas kalah dalam peperangan.

"Komuniti yang berpindah ini umumnya dipimpin seorang raja dan disertai oleh kerabat, menteri, hulu balang, bala tentera dan rakyat. Gambaran ini terdapat dalam sejarah Melayu mengenai pembukaan negeri Melaka itu sendiri," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak menolak penemuan tiga artifak kendi itu menjadi bukti arkeologi yang kukuh mengenai kewujudan sebuah peradaban Melayu awal setidak-tidaknya pada kurun pertama masihi.

"Berdasarkan reka bentuk kendi yang ditemui di Mentakab yang unik, seperti seekor burung mahawangsa bersayap, berparuh dan berkaki empat, bahagian pemegangnya mempunyai imej haiwan mengkarung dan material gangsa yang digunakan untuk membuatnya, ia jelas menunjukkan ciri-ciri artifak purba zaman logam atau budaya Dong Son.

"Manakala reka bentuk burung mahawangsa berkaki dua dengan tandu di atas badannya yang ditemui di Pasir Panjang, Port Dickson banyak persamaan dengan artifak yang ditemui di Mentakab.

"Jadi, saya tidak menolak kemungkinan kedua-dua artifak itu adalah berpasangan sekali gus mengukuhkan lagi teori kewujudan peradaban Melayu zaman logam yang menjadikan kawasan pesisiran perairan sebagai tapak pentadbiran kerajaan," katanya.

Wan Ahmad yang juga pemilik Galeri Pusaka Moyang (GPM) di Senawang, Negeri Sembilan berkata reka bentuk ketiga-tiga artifak itu juga tidak melambangkan reka bentuk lazim artifak di zaman Kesultanan Melaka yang banyak dipengaruhi reka bentuk Arab, China, Indo-China dan Eropah.

"Ini membawa kepada andaian artifak ini berasal dari zaman logam, yang berlaku sekitar milenium pertama sebelum masihi. Zaman logam mula berpengaruh di nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa di mana lokasi asal artifak zaman logam banyak ditemui," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan artifak yang ditemui di Mentakab itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penemuan kota purba - Kota Gelanggi, di Johor pada 2003

Sunday, July 6, 2008


INISIATIF mencari tenaga alternatif bermula ketika me letusnya krisis minyak dan perbalahan negara Islam di Asia Barat dengan Amerika Syarikat awal 1970-an menyebabkan timbul kesedaran apakah dunia perlu bergantung kepada hanya satu bahan api?


INISIATIF mencari tenaga alternatif bermula ketika me letusnya krisis minyak dan perbalahan negara Islam di Asia Barat dengan Amerika Syarikat awal 1970-an menyebabkan timbul kesedaran apakah dunia perlu bergantung kepada hanya satu bahan api?

Sumber alternatif diperlukan apabila kaji selidik mendapati bekalan minyak dunia mungkin habis dalam dalam tempoh 40 hingga 50 tahun akan datang.


Selain memikirkan tenaga hidro sebagai pemangkin sumber tenaga, penggunaan solar dan nuklear juga mendapat per hatian antarabangsa ekoran keaslian sumber terbabit yang masih belum meluas.

Nuklear bukan sekadar untuk peperangan tapi ia sumber tenaga yang mampu memberi manfaat dan perlu diterokai sebelum Malaysia kehilangan minyak di masa depan.

Nuklear dikatakan kaedah paling selamat, mesra alam sekitar, boleh diharap dan murah dalam jangka masa panjang walaupun loji nuklear memerlukan pelaburan awal yang besar.

Malaysia pernah bercadang membangunkan tenaga nuklear pada 1972 apabila menubuhkan Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT).

Negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Britain adalah negara yang lama menumpukan perhatian kepada nuklear untuk menjana tenaga.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) masih belum memberi keputusan muktamad penerokaan sumber tenaga nuklear ini namun masih menyelidiki perkembangan di negara lain.

Menterinya, Datuk Dr Maximus J Ongkili, berkata belum ada satu dasar kebangsaan menjadikan tenaga nuklear sebagai alternatif.

“Namun, kerajaan sentiasa mengikuti perkembangan se masa dunia menggunakan nuklear untuk menjana kuasa elektrik.

“Usaha itu bagi menjamin keselamatan pembekalan tenaga, kesinambungan serta kemampanan pembangunan ekonomi negara masing-masing,” katanya.

Menurut beliau, negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand serta Timur Tengah seperti Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Jordan dan Mesir cenderung untuk membangunkan program penjanaan kuasa berasaskan nuklear.

“Sehingga akhir tahun lalu, terdapat 439 loji janakuasa nuklear dengan keupayaan membekalkan kuasa elektrik sebanyak 372,000 megawat elektrik (MWe) beroperasi di 30 negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Kanada, Perancis, Rusia dan United Kingdom,” katanya.

Menurutnya, MOSTI ketika ini dalam proses menyiapkan kertas kerja komprehensif merangkumi politik, ekonomi, sosial, teknologi, alam sekitar, perundangan dan keselamatan untuk memasukkan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bagi penjanaan elektrik.

“Ia dimasukkan dalam dasar kepelbagaian bahan api negara yang meneliti semua aspek berkaitan dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK),” ka tanya.

Ongkili berkata, nuklear adalah satu pilihan untuk masa depan dan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) dinamakan sebagai agensi peneraju utama untuk menyelaras serta me ngurus aktiviti berkaitan perancangan, persediaan serta pem bangunan tenaga nuklear.

Nuklear adalah sumber tenaga radioaktif dan untuk me nguruskan sisa pepejal radioaktif nuklear bukan mudah kerana ia memerlukan teknologi canggih dan kos tinggi.

Kesan daripada hasil sisa pepejal radioaktif jauh lebih berbahaya seperti letupan loji nuklear di Chernobyl dan Three Mile Island yang masih menghantui masyarakat dunia.

Kesan radioaktif daripada letupan itu menyebabkan mutasi gen manusia dan ia kekal untuk jangka masa panjang.

Begitu juga kesan nuklear kepada masyarakat Jepun dengan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

Justeru, penggunaan tenaga solar dilihat ‘calon’ paling sesuai untuk diketengahkan sebagai sumber tenaga alternatif.

Sistem solar menjadi teknologi bertepatan dengan Malaysia kerana negara ini mempunyai kelebihan dari segi penerimaan cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.

Malaysia memiliki inisiatif berkaitan solar apabila Projek Fotovoltaik Bersepadu Bangunan Malaysia (MBIPV) bernilai RM95 juta, projek nasional bagi tenaga yang diperbaharui akan menggalakkan penggunaan teknologi itu bagi me manfaatkan tenaga solar dan mengeluarkan elektrik untuk bangunan.

Ia diperkenalkan pada 2005 dengan tujuan menggunakan sumber tenaga diperbaharui iaitu tenaga solar yang banyak dalam negara.

Salah satu program yang dikelolakan melalui Projek Fo tovoltaik Berintegrasi Bangunan Malaysia (MBIPV) di bawah Pusat Tenaga Malaysia (PTM) ialah Suria 1000.

Suria 1000 ialah sistem solar bergrid, yang mana tenaga elektrik yang dihasil dan disambung terus kepada sumber tenaga elektrik utama melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pemasangan Suria 1000 dalam pusingan pertama mem babitkan 40 modul sel fotovoltaik 4.8 kilowatt dan terdapat laporan mengatakan ia mampu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sehingga lebih RM150 sebulan.

Ia menyerap dan menukar tenaga solar kepada tenaga elektrik pada alat ‘inverter’ yang terpasang di rumah antara jam 7 pagi hingga 7 malam.

Tenaga solar sudah lama membuka mata ramai pihak namun penggunaannya masih menjadi tanda tanya.

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Cetree) pernah memperkenalkan per hentian bas konsep baru yang dicetuskan menggunakan tenaga solar.

Kaedah inovasi itu disesuaikan dengan keadaan serta ke perluan persekitaran yang menggabungkan empat panel solar diletakkan di atas bumbung perhentian bas untuk digunakan sebagai penjana tenaga elektrik bagi kipas dan lampu me nerusi bateri yang dilengkapkan pada bahagian belakang.

Keunikan kipas dan lampu ini ialah akan berfungsi secara automatik mengikut keadaan persekitaran.

Apabila keadaan mendung atau matahari tidak memancar dengan terik kipas akan berhenti berfungsi secara automatik dan apabila malam menjelang, lampu akan terpasang dengan sendiri.

Lampu dari jenis yang kecil digunakan kerana tempat berkenaan tidak memerlukan cahaya yang terlalu banyak dan kipas yang bengkok pula digunakan bagi tujuan memi nimumkan penggunaan tenaga.

Keistimewaan yang diperlihatkan Cetree bukan saja efisyen dari segi penggunaan tenaga dan kos bahkan ia berkonsep alam semula jadi dengan persekitaran yang nyaman.

Asal usul Melayu terus dikaji

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


Pulau Kalumpang dipercayai penempatan pertama manusia prasejarah
MENELUSURI asal usul keturunan Melayu di Nusantara amat menarik tetapi sehingga kini belum ada ketetapan muktamad kerana terlalu banyak teori dan hujah.
Merujuk kepada perlembagaan, orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Ini bermakna sesiapa saja tanpa kira asal usul bangsanya boleh bergelar Melayu jika memiliki ciri-ciri di atas.
Namun, definisi Melayu di alam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia/Melayu-Polinesia.

Pengkaji sejarah, ahli arkeologi, pakar bahasa sentiasa mencari bukti kukuh melalui pelbagai kajian sekali gus menyemarakkan usaha mengesan asal usul Melayu.
Wartawan Berita Minggu berpeluang mengikuti satu kajian lapangan oleh pakar arkeologi, Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang kini mengkaji penemuan tapak arkeologi pra sejarah pertama di dunia yang dihuni manusia di kawasan bakau di Pulau Kalumpang, Perak.

Memang banyak negara yang mempunyai kawasan bakau seperti India, Kemboja dan Afrika tetapi hanya di Malaysia dikesan mempunyai kesan peninggalan penempatan manusia prasejarah. Kerja mencari gali dimulakan pada 1987 selama dua tahun dan dihentikan sebelum dimulakan semula sejak Mei lalu. Hasil kajian pertama, Prof Nik Hassan menemui 11 rangka manusia prasejarah dipercayai dikebumikan di tanah perkuburan di situ.

Manusia prasejarah itu dikatakan menanam mayat di bawah rumah mereka kerana pengkaji menemui tinggalan sisa makanan, tulang manusia, gigi yang dipercayai manusia yang hidup di abad kedua Sebelum Masihi hingga 10 Masihi.

"Kajian ini lebih menjurus kepada mengesan siapa yang sebenarnya tinggal di situ. Kami percaya penempatan ini didiami sekumpulan manusia keturunan Melayu yang hidup di pesisir pantai. Mungkin juga mereka keturunan India, Sumatera atau Orang Laut.




"Mereka lebih terbuka kepada hubungan luar berbanding Melayu yang tinggal di pedalaman. Bukti gigi dengan kesan makanan sirih dan pinang menguatkan hujah kemungkinan mereka orang Melayu dan penemuan serpihan tembikar, manik menunjukkan mereka berhubung dengan dunia luar," katanya.

Menariknya, Pulau Kalumpang yang jaraknya kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Kuala Gula, mempunyai tujuh kawasan penempatan yang mempunyai keluasan dua kilometer. Pulau itu juga mempunyai banyak pokok buluh yang sememangnya diakui tidak akan tumbuh di kawasan bakau.

Pokok buluh itu hidup subur dipercayai ditanam dengan tujuan pelbagai guna untuk membuat rumah, senjata dan alat menangkap ikan. Selain itu, penemuan kerang pelbagai jenis menunjukkan penduduk di situ sememangnya menjadikan hasil laut sebagai makanan utama.

Penduduk tempatan menggelar pulau itu sebagai Pulau Kota Kerang, ada yang memanggilnya Pulau Buluh.

"Berdasarkan penemuan di pelbagai peringkat lapisan tanah, jelas menunjukkan diet makanan mereka juga berubah mengikut zaman. Kami menemui tulang ikan, monyet, burung, kepala babi dan beruk, mereka makan apa saja tetapi pada masa itu, rasanya mereka tidak beragama.

"Persoalannya ialah bagaimana mereka hilang atau berpindah, kami tidak pasti dan sedang mengkaji," katanya.

Ketika ini, Prof Nik Hassan dan pasukannya sudah menemui 50 jenis kerang pelbagai saiz yang jelas membezakan perubahan makanan penduduk di situ. Cara hidup mereka boleh dinilai berdasarkan sisa makanan yang ditemui.

Apa yang pasti, pasukannya gigih menjalankan kajian sama ada penempatan di situ mempunyai kaitan langsung dengan orang Melayu yang tinggal berhampiran di Kuala Sepetang, Kuala Gula atau Kuala Kurau dan ia perlu dipastikan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).


Mempunyai tujuh kawasan (Pulau Satu hingga Pulau Tujuh) seluas dua kilometer

Pulau Satu hingga Pulau Lima adalah kawasan utama kajian

Pulau Enam dan Pulau Tujuh terletak berdepan Pulau Selinsing

Tapak itu diwartakan sebagai Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi sebagai

perkuburan prasejarah pada 15 Julai 2007.

Pemetaan dan sukatan geografi mula dijalankan di situ pada tahun 1988.

RIBEN GAS YANG MENAKJUBKAN


ARKIB : 03/07/2008
MENAKJUBKAN...


IMEJ yang disiarkan oleh NASA kelmarin menunjukkan riben gas terapung yang bercahaya di dalam galaksi kita. – AP


Imej ‘riben’ gas terapung yang diambil dengan Teleskop Angkasa Lepas Hubble milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahagian yang sangat nipis daripada saki baki ‘supernova’ berpunca daripada letupan bintang yang berlaku lebih 1,000 tahun lalu.

Supernova itu dipercayai bintang paling terang pernah disaksikan oleh manusia, malah mengatasi planet Zuhrah sebagai objek paling terang di langit malam, selepas bulan.

Ia boleh dilihat pada waktu siang selama beberapa minggu dan terus kelihatan dengan mata kasar untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun setengah sebelum beransur-ansur luput.

30 disenarai sekolah kluster



PUTRAJAYA 9 Jun - Sebanyak 30 sekolah lagi daripada pelbagai aliran telah dipilih bagi disenaraikan sebagai sekolah kluster, menjadikan keseluruhannya sebanyak 60 sekolah sejak ia diperkenalkan pada Mac tahun lalu.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah sekolah kluster akan bertambah setiap tahun sehingga mencapai sasaran 300 sekolah kluster pada 2010.

Beliau berkata, sekolah-sekolah kluster fasa kedua itu turut layak memohon peruntukan khas berjumlah sehingga RM500,000 untuk melaksanakan program dan aktiviti yang telah ditentukan.

''Sehingga April 2008, sebahagian peruntukan telah disalurkan kepada 30 sekolah kluster bagi fasa pertama manakala baki peruntukan akan diturunkan berdasarkan prestasi perbelanjaan semasa setiap sekolah.

''Peruntukan untuk sekolah kluster fasa kedua pula akan diturunkan selepas permohonan sekolah-sekolah tersebut diluluskan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Panel Penasihat Sekolah Kluster di kementeriannya di sini hari ini.

Pelaksanaan sekolah kluster adalah salah satu fokus utama yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dan Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.

Menurut Hishammuddin, pada masa yang sama kementerian akan menilai dan meneliti 75 perakuan dan cadangan yang dikemukakan panel penasihat bagi menambah baik dan memperkukuhkan pengurusan serta pentadbiran sekolah kluster di seluruh negara.

''Perakuan dan cadangan ini diperoleh panel penasihat hasil daripada lawatan ke sekolah kluster, perbincangan bersama pemimpin sekolah kluster, serta lawatan ke beberapa buah negara yang melaksanakan konsep mirip sekolah kluster di negara ini.

''Perakuan dan cadangan itu boleh dijadikan panduan kepada pengetua dan gurubesar sekolah kluster serta pegawai di kementerian dalam menjayakan pelaksanaan sekolah kluster ini," katanya.

Beliau berkata, perakuan tersebut juga melibatkan beberapa aspek dan bidang utama termasuk pengurusan am kementerian, kepimpinan dan pengurusan, pengurusan sekolah, guru sekolah kluster, kurikulum, hal ehwal murid dan bidang kebitaraan (niche area).

Selain itu, katanya, ia turut membabitkan prasarana dan iklim sekolah, penglibatan ibu bapa dan masyarakat, jaringan, penaksiran dan pemantauan.

Sementara itu, Hishamuddin berkata, selaras dengan usaha memartabatkan profesion keguruan di negara ini, Jemaah Menteri telah meluluskan pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 bagi mengemaskinikan bidang kuasa dan keupayaan kementerian melahirkan pendidik yang berkualiti, cemerlang dan berkebolehan.

''Rang undang-undang ini akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang untuk dibahaskan.

''Antara tumpuan usaha ini adalah menaiktaraf maktab perguruan di seluruh negara kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)," katanya.

Transformasi pendidikan bermula 2010

13/06/2008, Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 12 Jun - Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.

''Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar.

''Kita nak wujudkan konsep 'pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah' sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,'' katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Hulu Langat di sini hari ini.

Alimuddin berkata, selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan.

Menurutnya, melalui sistem penilaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka berada di tahun satu lagi.

''Ini bermakna ketika pelajar-pelajar itu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan mereka melibatkan silibus yang kecil sahaja kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi,'' jelasnya.

Beliau memberitahu, sistem yang bakal dilaksanakan itu akan menggunakan sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti.

Menurut Alimuddin lagi, tahun ini sebanyak 50 sekolah telah dipilih sebagai perintis bagi melaksanakan transformasi tersebut dan ia akan diteruskan kepada 500 buah lagi pada tahun hadapan serta ke seluruh negara menjelang 2010.

Beliau berharap, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu, berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020.

''Pelajar-pelajar yang berada di peringkat sekolah sekarang ini akan berusia antara 20 hingga 30 tahun menjelang 2020 dan produktiviti mereka sangat diperlukan untuk memajukan negara,'' katanya.

Habis

your future is in your hand

your future is in your hand