Friday, May 30, 2008
AL FATIHAH UNTUK ARWAH YUSNITA TALIB
Hari ini, aku dikejutkan dengan satu berita...yusnita meninggal dunia setelah koma 3 hari. Mula mula tak percaya dengan berita yang disampaikan oleh Fida..tapi ternyata benar...Yusnita yang aku kenali sejak tingkatan enam rendah di SDPB.....,merupakan seorang yang ceria...dan paling tidak dapat aku lupakan ialah kenangan ketika menghadiri seminar menjawab STPM di UKM sekitar tahun 1992...Sudah tersurat ajalnya pada pagi tadi...Kepada semua rakan yang pernah mengenali Arwah Yusnita..marilah kita sedekahkan al fatihah...semoga ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman...Amin..
Thursday, May 29, 2008
EXAM DAY...
Hari ini last day kat Induksi...ujian start pukul 9.00...alamak ketar jugaklah..dah lama tak buat ujian..dah lah malam tadi mengantuk yang amat...
akhirnya selesai jugaklah exam pukul 11.00..lega sungguh..sedih pun ada sebab biasala last day...kena berpisah pulak dengan kengkawan baru..dah setengah bulan rasa macam adik beradik dah..anyway...dah pencen la jadik datin hehehe..

Wednesday, May 28, 2008
Sunday, May 25, 2008
Friday, May 16, 2008
MASALAH REMAJA
May 13, 2007
‘Remaja dari keluarga bahagia juga terjebak gejala sosial’
Filed under: Uncategorized
KOTA KINABALU: Sesebuah keluarga yang harmoni tidak semestinya menjadi satu jaminan bahawa anggota keluarga itu, terutama remaja, terhindar daripada terjerumus dalam kancah gejala sosial, kata seorang pakar Sains Sosial Prof Dr Abd Hadi Zakaria.
Pensyarah Jabatan Pentadbiran Sosial dan Kehakiman, Fakulti Seni dan Sains Sosial Universiti Malaya itu berkata berdasarkan kepada satu penyelidikan yang dijalankan di Johor pada tahun 1999, remaja dari keluarga harmoni juga didapati tidak dapat lari daripada terjebak dengan gejala sosial seperti sumbang muhrim, penagihan dadah, arak, pornografi dan banyak lagi.
"Bukan satu atau dua, tapi kebanyakan kes-kes sumbang muhrim yang kita kaji membabitkan keluarga yang harmoni, di mana hubungan antara anggota keluarga itu adalah baik, atau rapat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Prof Abd Hadi mendedahkan perkara ini semasa membentangkan kajian bertajuk `Penyelidikan Remaja dan Belia’, sempena Seminar dan Bengkel Penyelidikan Isuisu Sosial Semasa oleh Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Beliau berkata penyelidikan tajaan Yayasan Keluarga Negeri Johor itu dijalankan pada tahun 1999, dengan soalan-soalan kaji selidik dihantar kepada 1,300 responden menerusi pos.
Prof Abd Hadi berkata kumpulan sasaran ialah remaja berumur bawah 18 tahun, termasuk pelajar-pelajar dari pelbagai latar belakang keluarga.
Prof Abd Hadi bagaimanapun tidak menolak kenyataan bahawa penyelidikan itu juga mendapati bahawa remaja dari keluarga bermasalah turut terbabit dalam pelbagai gejala sosial seperti lumba haram, samseng serta vandalism, namun semua gejala ini dicetuskan di luar rumah.
"Tapi apa yang kami temui, bagi kami, adalah sesuatu yang baru, langsung tidak diduga. Ini bermakna kita perlu memikirkan kembali pemahaman biasa kita sebelum ini tentang keluarga harmoni, bagi melahirkan remaja yang benar-benar berakhlak," katanya.
Menurutnya pemahaman kebiasaan kini nampaknya sudah tidak boleh lagi diterima, kerana keluarga harmoni juga didapati boleh membawa kepada gejala sosial, sama sebagaimana keluarga bermasalah.
"Jadi di mana kita sekarang? Apa yang perlu kita lakukan? Saya sendiri tidak dapat berikan jawapan terus kepada persoalanan ini, kita perlu kaji, perlu lihat pendekatan baru berdasarkan lainlain prinsip yang akan membolehkan kita membanteras aktiviti tidak sihat ini," katanya.

Thursday, May 15, 2008
penyakit G6PD
G6PD penyakit kurang enzim
Bersama Dr Azam Mohd Nortanyadoktor@bharian.com.my

'GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency' atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki. Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen). Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.
Bagaimana masalah ini dikesan? Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir. Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi. Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang. Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang. Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.
Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi. Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga. Rawatan Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.
ribut greg
Tragis Ribut Tropika Greg
Oleh Nasron Sira Rahim
RIBUT Greg menyebabkan kemusnahan beberapa kampung di Keningau.
PADA mulanya ia hanya desiran angin yang sesekali mengutuskan rasa nyaman di kalangan penduduk beberapa daerah terutama di Keningau, Sabah. Kemudian, desiran angin mula disertai hujan yang lebat mencurah. Dentuman guruh dan paluan kilat mengiringi bertalu-talu. Seterusnya dalam kegelapan malam, ketika jam menunjukkan sekitar 4 pagi pada 26 Disember 1996, angin itu mula berdesir semakin laju sehingga mencecah 80 kilometer sejam. Rumah dan kediaman di beberapa daerah sekitar Sabah terutama di Keningau mula runtuh dilanda kelajuan angin berkenaan; pelbagai objek mula berterbangan, air sungai mula melimpah dan banjir kilat besar berlaku.
Angin sudah menjadi sesuatu yang menakutkan pada malam itu, ia sudah menjadi ribut ganas. Kebanyakan penduduk yang sedang tidur ketika itu terjaga dalam ketakutan. Suasana terus menjadi kelam-kabut dan riuh-rendah suara jeritan penduduk yang cemas tenggelam dalam ribut yang semakin menggila. Seolah-olah alam sedang mengamuk malam itu, tidak pernah petaka sedahsyat itu berlaku di kawasan terbabit sebelum ini. Segera penduduk meluru keluar dari rumah dalam himpitan perasaan penuh cemas dan takut. Meredah ribut dengan paluan angin dan tikaman air hujan tanpa henti, mereka berlari untuk mendapatkan perlindungan.
RUMAH penduduk musnah sama sekali.
Pada malam itu, satu tragedi yang paling dahsyat direkodkan berlaku di negara ini, tidak pernah tragedi seteruk itu sebelum malam berkenaan. Ribut Tropika Greg melanda Sabah dengan kawasan paling teruk terjejas adalah Keningau manakala Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Tuaran, Beaufort hanya mengalami kerosakan kecil. Bencana alam itu dipercayai mengorbankan mangsa paling ramai dalam sejarah tragedi bencana alam di Malaysia; lebih 200 mangsa terkorban dan 102 lagi hilang dalam ribut yang berlaku selama kira-kira lima jam, bermula jam 1 pagi dan berakhir sekitar 6.30 pagi. Di Keningau, kemusnahan dua kampung berhampiran Sungai Pampang iaitu Kampung Pampang dan Limbawan ibarat ‘padang jarak padang tekukur’ manakala sebuah kampung dikenali Batu Satu atau Kandang Ayam yang didiami kebanyakan warga Indonesia keturunan Tator, musnah sama sekali.
Sungai Pampang, Bayayo, Liawan dan Sinagang melimpah dan hujan berterusan menyebabkan sembilan kampung ditenggelami banjir kilat sekali gus merosak dan menghanyutkan sejumlah 500 rumah penduduk di tebing sungai. Kira-kira 3,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Perhubungan ke Keningau yang terletak kira-kira 131 kilometer dari Kota Kinabalu, terputus berikutan dua jambatan utama di Sungai Liawan dan Pegalan dihanyutkan banjir besar. Sebahagian bukit berhampiran Gunung Emas di Tambunan pula runtuh dan menutupi jalan raya sekali gus memutuskan perhubungan dari ibu negeri ke Tambunan dan Keningau. Paling menyayat hati apabila mengenangkan ramainya mangsa yang terkorban. Kebanyakan mangsa maut kerana dipercayai sedang tidur ketika rumah mereka dihanyutkan arus deras dari kawasan bukit di lereng Banjaran Croker antara jam 3 pagi dan 4 pagi. Dalam lena yang tidak menyedari apa-apa itu, rumah mereka hanyut dibawa arus bersama penghuni di dalamnya yang tidak sempat menyelamatkan diri. Sebaik ribut berakhir sebaik siang menjelma, operasi menyelamat dan mencari mangsa segera dijalankan. Ketika itulah, pemandangan ngeri jelas kelihatan dengan mayat bergelimpangan dalam keadaan mengerikan termasuk ada yang bogel dan tersangkut di tunggul kayu selain mayat kepala bayi terpacul daripada kemaluan ibu yang turut terbunuh. Beberapa mayat turut ditemui dalam rangka rumah yang dihanyutkan banjir kilat. Hari pertama gerakan menyelamat dijalankan, 107 orang disahkan terbunuh dan kira-kira 150 lagi hilang. Mayat semua yang terbunuh ditemui pasukan pencari dan penyelamat di sepanjang tebing lima sungai utama itu. Polis, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sabah Air Sdn Bhd (Sabah Air), bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), beberapa jabatan dan agensi kerajaan selain penduduk setempat terus menjalankan operasi mencari mangsa. Bagaimanapun, kerja mengeluarkan mayat mangsa tragedi di beberapa sungai agak sukar kerana mereka tertimbus di dasar serta ditindih pokok dan kayu serta lumpur tebal selain kurang peralatan dan kelengkapan bomba untuk dibawa ke lokasi kejadian berikutan terputusnya hubungan jalan darat antara Keningau dan daerah lain. Pada hari ketiga gerakan mencari dijalankan, 15 lagi mayat mangsa tragedi ribut itu dijumpai. Seterusnya dari hari ke hari, mayat dijumpai berterusan dan statistik angka korban bertambah dari semasa ke semasa. Menjelang ketibaan tahun baru 1997, mayat terus ditemui dan selepas dimakan hari, jasad yang ditemui semakin mengerikan dan dalam keadaan reput serta busuk. Pada 12 Januari 1997 iaitu selepas lebih dua minggu operasi diteruskan, akhirnya gerakan mencari mangsa dihentikan. Lebih 200 penduduk terkorban dalam tragedi itu dan 102 lagi masih diklasifikasikan sebagai hilang sehingga kini. Cerita tragis tragedi Ribut Tropika Greg tidak pernah tamat walaupun tidak ramai lagi yang berbual mengenainya. Sepuluh tahun berlalu, kejadian itu terus kekal di dalam ingatan ribuan mangsa yang terselamat. > Pemanasan global dipercayai jadi punca SEPERTI juga pelbagai bencana alam yang berlaku di negara ini termasuk banjir besar di Johor, baru-baru ini, tragedi Ribut Tropika Greg yang mengorbankan lebih 200 mangsa di Sabah, sedekad lalu dipercayai berpunca daripada kepanasan global. Aktiviti penebangan hutan dan pelepasan gas rumah hijau di seluruh dunia menyebabkan kitaran alam tidak lagi mengikut 'landasannya' sekali gus menyebabkan pelbagai bencana alam tidak lagi dapat dijangka dan menjadi semakin tidak menentu. Itulah yang berlaku kepada Ribut Tropika Greg yang kesan rempuhannya terhadap Sabah, tidak pernah dijangka sebegitu dahsyat sehingga mampu menjadikan sesuatu kawasan itu umpama padang jarak padang terkukur. Malah, tragedi ribut itu juga sebenarnya berlaku di luar jangkaan kerana ia sepatutnya bergerak ke hemisfera utara bukan melencong ke arah pantai barat Sabah seperti yang berlaku. Penjelasan saintifik menyatakan Ribut Tropika Greg berlaku akibat tekanan udara rendah yang berlaku di tengah Laut China Selatan antara Sabah dan Vietnam. Kenyataan Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca ketika itu menyebut Ribut Tropika Greg berlaku apabila angin tropika yang bertiup selaju 50 hingga 70 kilometer sejam (km/j) dari arah Laut China Selatan menghala ke pantai barat Sabah dan utara Sarawak. Kelajuan angin itu menyebabkan laut bergelora dengan ombak setinggi tiga hingga lima meter. Bagaimanapun angin kencang itu reda sejak pagi hari kejadian dan hampir semua kawasan di pantai barat Sabah dilaporkan mendung dan tidak hujan sehingga petang. Sebelum kejadian ribut itu, kawasan bencana dikatakan mengalami hujan lebat sejak awal pagi 24 Disember 1996 dan berterusan sehingga ribut itu berakhir pada pagi dua hari kemudian. Taburan hujan pada 24 dan 25 Disember (ketika ribut Greg) ialah 60 dan 72 milimeter, jumlah yang tertinggi bagi bulan berkenaan. Kelajuan Ribut Tropika Greg mulai berkurangan pada jam 7.40 pagi 26 Disember iaitu dengan kelajuan 64.8 km/j. Bagaimanapun, ia menyebabkan banyak kerosakan harta benda dan meragut banyak nyawa sepanjang laluannya. Saintis menjelaskan ribut tropika biasanya bermula sebagai sel tekanan rendah yang berpisah daripada lingkaran tekanan rendah Khatulistiwa dan bertambah kuat selepas mengumpul haba daripada permukaan laut yang panas. Berikutan keupayaannya menyimpan haba tinggi dan haba terpendam daripada peluwapan air laut, ribut tropika memindahkan sejumlah besar tenaga haba ke latitud tinggi yang menyebabkan berlaku kerosakan besar berikutan kekuatan angin dan hujan lebat. Kerosakan besar hasil ribut dahsyat itu menyebabkan Kerajaan Sabah kerugian lebih RM130 juta. Sebanyak 4,924 rumah penduduk runtuh dan rosak kerana dihanyutkan banjir manakala 39 sekolah turut rosak membabitkan kerugian RM1.5 juta. Kerajaan negeri juga terpaksa membelanjakan RM12 juta membersihkan sungai di Keningau. Demikianlah antara penjelasan dari sudut sains mengenai bencana alam itu, tetapi selain penjelasan sains, kita tahu bahawa segala sesuatu kejadian itu berlaku atas kehendak dan kekuasaan Allah SWT. Dengan hanya mengata ‘kun fayakun (jadi maka jadilah)’ maka Allah SWT mampu berbuat apa saja. Negara seolah-olahnya enggan melupakan begitu saja tragedi yang dianggap paling dahsyat dalam sejarah negara itu. Ada banyak peringatan yang dapat diambil daripada peristiwa tragis yang berlaku pada 26 Disember 1996 itu. Justeru, pada tarikh sama tapi pada 2005, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tarikh 26 Disember setiap tahun akan dijadikan Hari Kesedaran Bencana Negara. Selain tragedi Ribut Tropika Greg, tarikh sama turut menyaksikan tragedi tsunami yang melanda negara terutama kawasan utara tanah air pada 2004.
Jangan ambil mudah kemiskinan bandar
Berita Harian, 15 Mei 2008
Bersama Johan Jaafar zulujj@tm.net.my
Punca masalah dan krisis masa depan perlu ditangani dengan lebih berkesanMEREKA yang paling teruk menanggung akibat kenaikan harga barang pada masa ini ialah golongan miskin di bandar. Urban poor ini menerima nasib yang lebih buruk daripada mereka yang dilabelkan miskin di kampung. Malangnya golongan ini sering dilupakan apabila kita bercakap mengenai golongan miskin di negara ini. Saya pernah menyentuh isu ini sebelum ini (Berita Minggu 30 Oktober 2005). Hari ini isu kemiskinan bandar menjadi lebih serius. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, akan menjadi resipi bagi pelbagai krisis sosial dan politik. Kemiskinan bandar menjadi penyebab kepada pelbagai masalah daripada pengangguran hingga gangsterisme. Lebih buruk lagi ialah gagalnya golongan ini memberikan perhatian serius pada aspek pendidikan anak-anak yang diharapkan dapat membantu mereka meningkatkan taraf hidup kemudiannya, serta memungkinkan mobiliti sosial.
Barisan Nasional (BN) dikejutkan dalam pilihan raya baru lalu akibat penolakan pengundi Melayu bandar terhadapnya. Sebahagiannya berpunca daripada persepsi bahawa orang Melayu bandar diketepikan, kepentingan mereka dilupakan dan kehidupan mereka tidak mendapat pembelaan. Sebahagian besar daripada mereka melihat keadaan 'antara dua darjat' yang kaya, mampu dan berada berbanding dengan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kita harus ingat bahawa kuasa politik Melayu di bandar semakin penting masa kini berbanding dulu. Angka 2000 memperlihatkan 48.3 penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah Melayu. Bilangan itu bertambah lagi akhir-akhir ini menjadikan bilangan penduduk Melayu di bandar lebih besar daripada bukan Melayu. Kita boleh menyalahkan penghijrahan mereka dari kampung tradisi ke bandar sebagai punca fenomena ini. Pada 1970-an, 68.3 peratus penghijrah ke bandar adalah orang Melayu. Kota memang sentiasa menjadi tarikan. Malah generasi pendatang pertama dari desa sebenarnya melahirkan anak-anak yang berjaya dan mampu membawa mereka keluar daripada ancaman kemiskinan. Ini proses sosial yang lumrah.
Pendatang baru akan tetap ditawan oleh tarikan kota. Sejak dua dekad kebelakangan ini hadir pula pendatang dari luar (sama ada secara izin atau tidak) yang menambah bilangan mereka yang menghuni kawasan bandar. Sasaran mereka tentulah kawasan setinggan di sekitar Lembah Klang. Kita harus sedar bahawa proses perbandaran menjadi ciri penting kemajuan mana-mana negara. Semakin ramai rakyat negara ini akan tinggal di bandar. Pada 1970 hanya 13.8 peratus penduduk bandar di negara ini. Jumlah itu menjadi 50.7 peratus pada 1991. Hari ini lebih 70 peratus rakyat Malaysia tinggal di bandar. Pada 30 Julai 2003, dua tokoh muncul dalam program Isu Semasa yang saya kendalikan di RTM1, Menteri Besar Selangor dan seorang lagi Datuk Bandar Kuala Lumpur. Tajuk yang dibincangkan ialah sasaran Setinggan Sifar baik di KL mahupun di Selangor. Saya mengingatkan mereka apakah sasaran itu realistik memandangkan 1 Januari 2005 hanya 17 bulan lagi. Saya menyebutkan bahawa ada 150 penempatan setinggan yang masih wujud di Kuala Lumpur ketika itu. Kawasan setinggan juga masih banyak di Selangor. Mereka begitu yakin bahawa sasaran itu boleh dicapai. KL seperti kita tahu memang tempat di mana ratusan koloni pendatang bandar yang mencari tempat tinggal. Pada 1978, 23.5 peratus warga Kuala Lumpur adalah setinggan. Dari segi peratusan, jumlah ini menurun menjadi 17.6 peratus pada 1992 dan 9.7 peratus pada 1998. Sehingga Jun 2003, ada 82,000 orang penduduk setinggan di Kuala Lumpur. Soalan saya masa itu ialah apakah 82,000 orang setinggan akan hilang begitu saja menjelang 2005? Kita tahu sasaran itu tidak dicapai. Kawasan setinggan masih wujud. Masih banyak penduduk bandar yang tinggal dalam kawasan yang menurut definisi Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 (Ordinan 1 dan 2) Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan) 'menduduki tanah secara haram atau menyalahi undang-undang' di bandar-bandar kita.
Banyak rancangan dirancang untuk menangani masalah ini, dari penubuhan Unit Penyelarasan Pembangunan pada peringkat DBKL, menyediakan Dasar dan pelaksanaan Penempatan Setinggan di Wilayah Persekutuan hinggalah Skim Pertapakan, Kemudahan dan Peningkatan serta program Penempatan Sementara dan Penempatan Semula Setinggan. Sejak 1977 dirancangkan penempatan rumah panjang yang sepatutnya memberikan peluang sementara sebelum mereka mendapat rumah baru. Ada yang tinggal lebih 15 tahun di penempatan yang dikatakan sementara ini. Apa yang paling merunsingkan ialah budaya kemiskinan (culture of poverty) yang akan terus berleluasa di kalangan rakyat yang menghuni kawasan setinggan ini. Rantaian kesan buruknya tentulah dapat kita bayangkan. Malangnya banyak usaha untuk memenuhi keperluan rakyat dalam kategori ini selalu berdepan dengan masalah. Pertama, membina rumah kos murah tidak menguntungkan bagi pemaju perumahan. Kedua, siling yang tidak realistik untuk membina satu unit rumah kos murah. Pada suatu waktu dulu hanya RM25,000. Ketiga, banyak pihak mengkhianati usaha pembinaan rumah kos murah. Angka tidak menipu. Pada 1985, sasaran Program Khas Perumahan Kos Rendah ialah untuk membina 62,203 unit. Apa yang mampu dicapai hanya 1,090 unit. Sasaran 1986 ialah 77,029 unit, yang dicapai hanya 20,420 unit. Tambahan pula sehingga 2002, menurut perangkaan kerajaan, ada 544 projek rumah terbengkalai membabitkan 125,649 unit rumah, sebahagiannya rumah kos rendah. Setiap tahun Malaysia memerlukan 100,000 hingga 150,000 unit rumah baru untuk rakyatnya, apakah kita bersedia menampungnya? Apakah pula nisbah rumah rakyat berpendapatan rendah dalam konteks ini? Saya berpendapat bahawa ada soal tafsiran dan makna yang terbabit. Kita menggunakan konsep 'rumah kos rendah.' Ketika Kerajaan Singapura merancang program perumahan rakyat melalui Perbadanan Perumahan Singapura, sasarannya ialah 'rumah mampu beli' atau affordable homes yang berkualiti. Rumah jenis ini akan dinaiktaraf berdasarkan kemampuan rakyat. Rumah kos rendah dalam pengertian kita ialah sarang burung merpati yang kelihatan hodoh dari luar dan menyesakkan penghuninya. Unit-unit rumah kediaman ini rata-rata tidak selesa dan sistem sokongannya menyulitkan lagi kehidupan penduduk: Lif selalu rosak, kawasan sekitar kotor, tempat letak kereta terbatas, penyelenggaraan keseluruhannya masih lemah. Memang kemiskinan bandar tidak semestinya membabitkan kawasan setinggan. Tekanan hidup akibat kenaikan harga barang menjadi masalah utama penghuni bandar di manapun mereka berada. Banyak yang terpaksa bekerja lebih dari satu kerja untuk menampung kos hidup yang tinggi. Ibu bapa terpaksa bekerja meninggalkan anak-anak sendirian menjaga diri kerana tidak ramai yang mampu menggaji pengasuh. Lebih malang lagi tidak berlaku sistem sokongan seperti pusat jagaan kanak-kanak umum, tadika yang berkualiti atau sistem kawalan keselamatan penduduk yang terbaik. Itu belum lagi kegagalan mengadakan pusat riadah, perpustakaan mini atau pusat komputer yang boleh membantu kanak-kanak. Semua ini menambah tekanan pada ibu bapa. Isu kemiskinan bandar akan menjadi masalah besar sekiranya mereka dilihat hanya sebagai sumber undi apabila berlaku pilihan raya. Kemiskinan bandar melampaui kaum. Usaha menanganinya harus juga melangkaui kaum. Ketegangan kaum yang berlaku sebahagian besarnya kerana kurangnya integrasi kaum, ditambah dengan elemen lain yang meretakkan hubungan kaum. Sudah sampai masanya kita melihat secara tuntas isu ini dari kanta dan perspektif yang baru. Kemiskinan adalah kunci pada krisis yang lebih besar. Dalam keadaan hari ini, kerajaan harus bertindak bijak dan pantas. Sekiranya tidak bandar-bandar kita akan menjadi bukti perbezaan kelas, status, kedudukan dan dispariti pendapatan.

Tuesday, May 6, 2008
Selamat Hari Ibu
happy mothers day
Subscribe to:
Posts (Atom)