Friday, May 29, 2009

Rizz kena masuk wad





Hari ke 5 Baby kena kuning..admitted ke wad..kesian kena cucuk tangan masuk air dan ubat..kaki pun kena ambik darah sehari 3 kali.. tak apalah asalkan sihat masa akan datang..

apa itu Kuning? Daripada pembacaan saya kuning atau neonatal jaundice..bukan satu penyakit..tetapi ia adalah satu keadaan apabila bahan kimia yang bernama birubilin di dalam darah meningkat kerana sistem badan bayi yang belum sempurna..hal ini demikian kerana bayi kekurangan cairan di dalam badan,,, sebab itulah bayi perlu diberi susu dengan kerap supaya jumlah birubilin itu dapat dikurangkan...

Orang tua tua pun ada beberapa petua untuk mengubati kuning ni...antaranya mandikan dengan air rebusan pokok dukung anak..mandi dengan air kopi, mandikan dengan buah warna kuning yang boleh dibeli di sinseh dan juga minum susu kambing. waullahualam keberkesanannya tidak diuji lagi..sebab semua anak saya mendapat rawatan di hospital dan susu badan sahaja...

1 comment:

Anonymous said...

jgn bimbang
rasanya semua baby akan alami keadaan yang sama cuma tinggi atau rendah saja bacaan birubilin dalam darah.

your future is in your hand

your future is in your hand