Saturday, August 23, 2008

NASIB BAHASA MELAYU DI BUMI MELAYU

Sedih ada geram pun ada bila mengajar bahasa Melayu. Terasa macam bahasa Melayu ni satu bahasa yang paling susah dipelari di dunia. Mungkin senario yang sama dirasai oleh guru guru lain ataupun tidak...waulahualam.Namun jika inilah yang berlaku di seluruh negara memang sahlah bahasa melayu semakin tenat...

Penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran untuk mata pelajaran sains dan matematik dilihat sebagai penyebab kegagalan pelajar menguasai sains dan matematik. bukan setakat gagal dalam sains dan matematik, malah gagal dalam bahasa inggeris itu sendiri dan lemah dalam bahasa Melayu. Kemanakah hala tuju produk produk pendidikan ini 20 tahun akan datang???

Jika dibandingkan dengan negara Jepun yang sangat maju dalam sains dan teknologi. Tidak pula sistem pendidikannya menggunakan bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik. Malah mereka berbangga dengan bahasa Jepun biarpun hanya dipertuturkan di Jepun sahaja. Dan kebanyakan bahan rujukan berbahasa Inggeris diterjemahkan ke Bahasa Jepun.

Tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa bahasa Melayu (termasuk yang dipertuturkan di Indonesia merupakan bahasa utama dunia. Tidak percaya? Percayalah fakta yang diperoleh daripada sebuah laman web. Berikut adalah kedudukan bahasa Melayu antara bahasa bahasa lain di dunia.

1. Mandarin (1 billion orang)
2. English (508 juta orang)
3. Hindustani (497 juta orang)
4. Spanish (392 juta org)
5. Russia (277 juta orang)
6. Arab (246 juta orang)
7. Bengali (211 juta orang)
8. Portugis (191 juta orang)
9. Melayu (159 juta orang)
10. French (129 juta orang

SUMBER
http://listverse.com/miscellaneous/top-10-most-spoken-languages-in-the-world/

Sudah nyata bahasa Melayu masih lagi Lingua Franca iaitu antara bahasa perantaraaan utama di dunia. Tidak banggakah anda walaupun berada di tempat ke 9 namun masih berjaya mengatasi bahasa Jepun yang tidak langsung tersenarai. malah mengatasi bahasa perancis di belakang. Kedudukan bahasa Inggeris pula di tempat kedua dibelakang bahasa Mandarin. Ini bermakna bahasa mandarin lebih banyak dipertuturkan di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana bangsa Cina berada di mana mana bahagian di dunia ini.

Mungkin apa yang berbeza ialah taraf bahasa Inggeris berbanding bahasa Mandarin dari sudut ilmunya. Namun apakah kurangnya bahasa Arab jika dikatakan tidak setanding dengan bahasa Inggeris sedangkan banyak istilah saintifik terutamanya dalam bidang astronomi dan perubatan datangnya daripada bahasa Arab.

No comments:

your future is in your hand

your future is in your hand