Monday, November 29, 2010
MAKHLUK LAUT PELIK
KALAULA SEMUA MAKHLUK NI BESAR AT LEAST MACAM KUCING...MESTI SEMUA ORANG TAKUT...AGAKNYA PENGARAH PENGARAH FILEM HOLLYWOOD DAPAT IDEA DRPD HAIWAN NI UNTUK ALIEN ....
Friday, November 26, 2010
HAIWAN PELIK
ANAK ANAK LELAKI SAYA SUKA MENONTON NATIONAL GEOGRAPHIC DAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA... KEGEMARAN MEREKA MENONTON AKSI HAIWAN HAIWAN LIAR DAN YANG TIDAK PERNAH DIJUMPAI..SATU HARI ANAK SAYA BERTANYA TENTANG SATU HAIWAN YANG SAYA TIDAK PERNAH DENGAR IAITU SOLENODON...DARIPADA NAMANYA SAYA RASA IA ADALAH SPESIS DINOSAUR YANG DAH PUPUS...TAPI BILA SAYA BUAT PEMBACAAN DARIPADA INTERNET RUPANYA SAYA SALAH..DAN BANYAK LAGI HAIWAN PELIK YANG RUPANYA SAYA DAN MUNGKIN ANDA JUGA TIDAK TAHU...
HISPANIOLA SOLENODON
SEA PIG
AYE AYE
ADA BANYAK LAGI HAIWAN PELIK DI DUNIA INI SUBHANALLAH....

Tuesday, July 20, 2010
Sakaratulmaut..
Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.Nauzubillah...........

Saat-saat kematian
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Monday, July 19, 2010
Wednesday, May 26, 2010
HAPPY BIRTHDAY RIZZZ (ONE YEAR)
Tuesday, May 18, 2010
Monday, May 17, 2010
Sunday, May 9, 2010
SELAMAT HARI IBU
HARI INI HARI IBU....UCAPKANLAH SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU IBU ANDA..SAYANGILAH IBU ANDA SEMENTARA MEREKA MASIH HIDUP... JIKA SUDAH TIADA JANGAN LUPA KIRIMKAN DOA KEPADA MEREKA.
CERITA TENTANG HARI IBU SAYA SANGAT TERHARU KERANA ANAK LELAKI SULUNG SAYA NASIRUDDIN MEMBELIKAN SAYA SEUTAS RANTAI TANGAN KEEMASAN... SEMALAM SAYA BALIK DARI SEKOLAH DAN MENGEMAS DI DALAM LACI ALMARI SOLEK.. TIBA TIBA TERJUMPA SATU BUNGKUSAN YANG ASING... JADI SAYA BUKA BUNGKUSAN DAN DAPATI IA ADALAH SEUTAS RANTAI TANGAN BERWARNA KEEMASAN YANG AGAK CANTIK... KEMUDIAN SAYA BERTANYA KEPADA SEMUA ORANG DI DALAM RUMAH, DAN SI NASIR NI PUN JAWAB,,, MAK DAH JUMPA KE HADIAH HARI IBU MAK....
OH RUPANYA HADIAH HARI IBU... ITS SO TOUCHING.....WALAUPUN HARGANYA CUMA RM 2. TAPI NILAINYA LEBIH DARI ITU,,,
TERIMA KASIH BANG,,,,NANTI LAIN KALI KASI YANG ORIGINAL TAU,,,,
Thursday, April 1, 2010
KEMBALI MENULIS
Assalamualaikum....
akhirnya dapat juga kesempatan untuk menulis..setelah sekian lama dihimpit kesibukan kerja seharian...ewah... cam bagus je starting...
tapi cam tulah.rasanya dah dekat setengah tahun tak updatekan blog...sebenarnya saya dah lama nak menulis dan updatekan blog ni...tapi tak berkesempatan.... saya pun kekurangan modal nak menulis..........
bye dulu

Sunday, March 14, 2010
RESULT SPM
KEPUTUSAN SPM DAH KELUAR... ALHAMDULILLAH SMK SRI KUKUP MENCAPAI 91% LULUS. PENCAPAIAN YANG AGAK MEMBANGGAKAN BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA. DAN YANG LEBIH BEST LAGI, KEPUTUSAN GEOGRAFI YANG AKU AJAR SEMUA LULUS 100%. TAHNIAH KEPADA TAN MEI WEI YANG LULUS CEMERLANG BIARPUN BUKAN PERFECT SCORE, TETAPI ANDA TETAP KEBANGGAAN SEKOLAH. TAHNIAH JUGA KEPADA SEMUA PELAJAR CEMERLANG SELURUH NEGARA..
ANAK SAUDARA KEBANGGAANKU NORHANISAH...TAHNIAH KERANA LULUS DENGAN AGAK CEMERLANG. BEGITU JUGA DENGAN NURIYAH..TAHNIAH..TERUSKAN KECEMERLANGAN ..
NANTI CIK BELANJA MAIN BOLING EK..

Saturday, March 13, 2010
Saturday, March 6, 2010
RIZZ KENA AIR PANAS..
KATA ORANG MALANG TAK BERBAU...TERINGAT PULA PADA SATU AYAT DALAM KARTUN HAGEMARU " BAHAYA ADA DI MANA MANA"....SATU HARI YANG MALANG ANAKKU RIZZ TERKENA AIR PANAS..ALKISAHYA KAKAK YANG MENJAGANYA TERLUPA MENUTUP PINTU BILIK TEMPAT MEMASAK AIR..DAN DIA PUN TAK SANGKA SI RIZZ BOLEH SAMPAI KE BILIK TERSEBUT DLAM TEMPOH TAK SAMPAI SATU MINIT. DUA MINGGU JUGALAH AKU CUTI..DUDUK WAD HSA SEMINGGU LEBIH..SEKARANG NI DAH NAK OK LAH.. MASA KAT HOSPITAL BARULAH AKU TAHU ADA MACAM MACAM CARA BOLEH KENA AIR PANAS DAN MINYAK PANAS...TERTOLAK TONG GAS YANG DILETAKAN DI ATAS RODA DAN MINYAK PANAS YANG DI ATAS DAPUR TUMPAH TERCURAH...TERCELUP MINYAK, TERCEBOK AIR PANAS...MACAM MACAM..INSAF JUGA BILA TENGOK KECEDERAAN BABY LAIN..PARAH HAMPIR 80%..AFIQ, DANIEL, SHAHRUL, UDIN DAN SUZANA . KEPADA ANAK ANAK YANG MASIH BERADA DI WAD TIMUR LIMA PAEDS & SURGICAL...SEMOGA CEPAT SEMBUH AUNTIE UCAPKAN.. RIBUAN TRIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA STAFF WAD KANAK KANAK HOSPITAL PONTIAN DAN HSA TERUTAMANYA DOKTOR KAMALIAH, DOKTOR JUNAIDI, STAFF NURSE DAN JURURAWAT PELATIH YANG MELAYAN PESAKIT DENGAN SABAR...
Friday, February 26, 2010
RESULT STPM
aLHAMDULILLAH...AKHIRNYA RESULT STPM DAH KELUAR... KEPUTUSANNYA AGAK MENGECEWAKAN..SEKOLAH TAK DAPAT KEKALKAN 100% KERANA SEORANG PELAJAR GAGAL MEMPEROLEH WALAUPUN 1 PRINSIPAL...WALAUPUN KEPUTUSAN DAH BOLEH DI AGAK..SEBAB SEORANG PELAJAR YANG SELALU PONTENG...TAPI RUPANYA PELAJAR YANG LAIN YANG TAK LULUS.
APAPUN SUBJEK AKU MENCAPAI KEPUTUSAN YANG AGAK MEMBANGGAKAN 82%...TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG..AMIR, FONG LIN,FIRDAUS, HUI YI, ONAD, AZRUL, AIDA, BARIAH, ZIMAN DAN TAHNIAH JUGA YANG LULUS...

Subscribe to:
Posts (Atom)